Wednesday, January 21, 2009

PALESTIN : APA YANG KITA PERLU TAHU MENGENAI ISU INI (UNTUK BACAAN MEREKA YG DAH SEDAR TENTANG ISU NI TAPI TAK FAHAM)

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum…

Ini adalah artikel pertama yang ana post dalam blog, memandangkan isu Palestin ini bukan sahaja mendapat perhatian umat Islam sedunia, malah non-muslim turut bangkit menyatakan keprihatinan mereka terhadap nasib warga Palestin. Saban hari mereka dibunuh tanpa belas kasihan, tempat tinggal mereka dimusnahkan, hak2 mereka dinafikan...dan seribu satu lagi cara yang Israel-laknatullah- lakukan, agar mereka dapat menguasai bumi Palestin, secara haram!

Perlu difahami wahai sahabat2 sekalian, isu Palestin bukanlah isu Arab-Israel yg digambarkan sbg konflik perebutan tanah yg kononnya bermula dgn pertelingkahan antara dua bangsa yg dulunya hidup aman damai. Kemudian, mereka bertelingkah dan tak tahu macam mana nak berhenti bertelingkah hingga berdekad2 lamanya. Realiti yg berlaku adalah, bangsa Yahudi yg datang dari segenap pelusuk dunia telah meninggalkan tanah air mereka utk berhijrah beramai2 ke bumi Palestin lantas menjajah bumi tersebut, mengusir dan menzalimi penduduk asalnya. La’anahumu Allahu ajma’in!! Dan perlu ditegaskan di sini, isu Palestin adalah isu umat Islam sedunia, bukannya isu Arab-Israel! Kenapa?? Akan ana jelaskan di bawah.

Di sini, ana cuba mengolah fakta-fakta tentang Palestin drpd buku “Al-Aqsa Dalam Bahaya!!” karangan Maszlee Malik secara ringkas –walaupun tetap panjang kelihatannya- untuk memahamkan sesetengah sahabat2 yang dah sedar tentang apa yang berlaku di Palestin, tapi masih blur..’kenapa aku mesti amek tahu pasal isu ni??’ Izan, bacalah..hayatilah..renunglah..dan ambillah pengajaran wahai sahabat2 sekalian..

KENAPA KITA MESTI IHTIMAM DGN ISU NI?? APA SIGNIFIKANNYA PALESTIN KPD UMAT ISLAM??

1) Kota Baitul Maqdis @ Al-Quds di Palestin merupakan tanah para anbiya’ berdasarkan Al-Quran.

2) Masjidil Aqsa yang terdapat di kota merupakan:

a) qiblat pertama bagi org Islam sebelum Kaabah di Makkah

b) masjid kedua yang didirikan di muka bumi ini

c) masjid ketiga paling suci bagi umat Islam selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi

d) berlakunya peristiwa Isra’ Mikraj

e) pahala bersolat di masjid ini adalah 500 kali ganda

3) Berdasarkan perspekitf Islam, Baitul Maqdis merupakan padang Mahsyar selepas kiamat dan merupakan pusat keamanan sejagat.

4) Merupakan “Ardhu Ribath” (bumi pertahanan jihad) kerana orang2 yg tinggal di sana merupakan golongan mujahidin fi sabilillah yg sentiasa teguh menegakkan kebenaran dan hak org Islam sehingga hari kiamat.

5) Ia merupakan tanah yg diberkati Allah kerana banyaknya nabi diturunkan di sana, jihad yg berterusan dan kerana kesuburannya (Surah At-Tin).

6) Di sinilah akan didirikan ibu negara umat Islam di akhir zaman dan kemajuannya akan membawa kpd tanda2 akhir zaman!

KENAPA YAHUDI NI BERIA2 SANGAT NAKKAN AL-QUDS??

Betul tu! Sebenarnya, bukan Yahudi saja yg mengimpikan kota ini, bahkan Kristian juga mempunyai impian yg sama. Tapi, yg paling berhak adalah kita, umat Islam!

Al-Quds dianggap suci dan menjadi rebutan oleh tiga agama- Islam, Yahudi dan Kristian kerana setiap agama ini mempunyai nilai sentimental dan nilai kudus terhadap kota ini:

Ø bagi umat Islam adalah kerana sebab2 di atas.

Ø bagi org Yahudi, mereka mendakwa kota itu adalah janji tuhan Yahweh kpd mereka,di situ juga-kononnya- Sulayman telah membina Haykal utk mereka beribadat dan di situ jugalah bakal munculnya Messiah (penyelamat) yg dijanjikan di akhir zaman nanti.

Ø bagi penganut Kristian, di kota itu Jesus (Nabi Isa a.s) dilahirkan dan menurut aqidah mereka, di situ juga Jesus telah disalib dan bakal dibangkitkan kembali menjelang hari kiamat nanti.

Sebenarnya, walaupun objektif Yahudi dan Kristian berbeza, tetapi impian mereka adalah sama iaitu kehancuran Masjidil Aqsa dan digantikan dgn Haykal (kuil suci) atau HaMikdash. Kenapa??

Orang Yahudi mengimpikan pembinaan kali ketiga Haykal – menurut dakwaan mereka berdasarkan fakta yg rapuh- sbg prasyarat utk kedatangan Messiah, manakala org Kristian pula menjadikan agenda pembinaan Haykal tersebut sbg prasyarat kedatangan Jesus selepas milenia kedua. Bagi mereka, Jesus hanya akan muncul di Baitul Maqdis@ Al-Quds apabila suasana di sana menjadi spt suasana kemunculannya kali pertama dulu. Oleh itu, utk menyambut kedatangan semula Jesus, Haykal perlulah dibina semula, dan orang2 Yahudi hendaklah dikumpulkan sekali lagi di Al-Quds. Utk apa?? Utk disembelih oleh Jesus, sptmana mereka –menurut dakwaan penganut Kristian- telah membunuh Jesus suatu waktu dulu.

SIAPAKAH YAHUDI ZIONIS YANG KEJAM TU??

Pada awalnya, Zionisme hanyalah merupakan sebuah idelogi yg bermula sejak pengusiran Babylon (akan ana sebut di bawah). Ianya sekadar idea yg dicetus oleh para pendita bangsa Yahudi utk memulihkan maruah mereka yg merosot selepas ditawan Empayar Babylon. Ia tidak lebih dari sekadar satu ‘escapism’ bagi menjaga ego mereka sbg bangsa pilihan Tuhan.

Sejak 1896 M, gerakan ini telah mengambil bentuk politik dan kenegaraan, bukan sekadar ideologi saja. Idea ini bukanlah berasal drpd agama bangsa Yahudi, tapi drpd semangat perkauman Eropah yg mahukan ‘satu bangsa, satu negara’. Oleh itu, sebenarnya kewujudan Negara Israel adalah idea imperialisme Eropah yg bermatlamat; membersihkan Eropah drpd bangsa Yahudi yg dianggap sbg sampah manusia –oleh kerana perangai buruk mereka- dan bermatlamat merosakkan ketamadunan Arab dan Islam agar mereka tidak bersatu atau bangkit dan sentiasa tunduk kpd Eropah.

Bangsa Yahudi yg tak tahan ditindas berterusan -di Eropah khususnya- menerima saja idea Zionisme ini dan bersegera hendak mencapai matlamat penubuhan negara Israel. Justeru, bertemulah dua cita2 utk mendirikan Negara Israel.

BETUL KE, PALESTIN, THE PROMISED LAND UTK YAHUDI??

“Unto thy seed have I given this land, from the river of Egypt unto the great river Euphrates.”

(Utk keturunanmu Aku telah berikan tanah ini, dari sungai Mesir (Nil) hinggalah ke sungai besar Eupharates), Genesis 15:18.

Persoalannya…adakah dalil dari kitab Torah@Old Testament di atas -dan banyak lagi dalil yg berkenaan- merupakan dalil yg kukuh utk mereka mengimplementasikan kepulangan mereka ke bumi Palestin?? Secara ringkasnya, ana sebutkan di sini bukti2 drpd pakar2 Torah@Old Testament sendiri yg menolak kenyataan mereka yg tak berasas ni:

Ø Dr. Alfred Guillaume, professor dan pakar berkaitan “Old Testament Studies” di University of London menyatakan: “ Generally supposed that these promised land were made to the Jews and no to the Jews alone. But that is not the Bible says. The words “to thy seed” inevitably include Arabs, both Muslims and Christians, who claims descent from Abraham through his son Ishmael”.

Tambah beliau lagi, keturunan Isaac (Ishaq a.s) digelar sbg “Israelites” (Bani Israel) kerana Jacob (Yaaqub a.s) anak Ishaq digelar “Israel”. Maka, keturunan Ishmaellah (bangsa Arab) yg paling sesuai utk dinisbahkan kpd Ibrahim, dan mereka jugalah yg paling layak utk digelar “thy seed”.

Ø Menurut Arthur Koesler, seorang pakar sejarah, kebanyakan bangsa Yahudi yg mendokong idea Zionisme (spt yg ana sebut di atas) adalah Yahudi drpd keturunan Ashkenazi. Yahudi Ashkenazi bukanlah dari keturunan Bani Israel (Nabi Yaaqub), tapi dari bangsa Rusia Khazar yg telah memeluk agama Yahudi mengikut raja mereka pd kurun ke-8. Boleh dikatakan 70% drpd Yahudi yg ada di bumi Palestin skrg adalah Yahudi Ashkenazi. Oleh itu, mereka tak layak utk mendapat gelaran “thy seed”, kerana tiada langsung hubungan antara mereka dgn Nabi Ibrahim.

Ø Jika pun memang bumi Palestin dijanjikan kpd kaum Yahudi, mereka telah pun menduduki bumi itu –sebahagian saja- dan telah kehilangannya sebanyak dua kali. Kali pertama sewaktu mereka diserang oleh Nebuchadnezar pada 586 SM dan dibawa berhijrah ke Babylon dan kali kedua pula pada 70 M apabila mereka diserang oleh Titus (Empayar Rom), yg telah menyaksikan Yahudi terakhir meninggalkan bumi Palestin pada 132 M. Maknanya janji itu telah pun berlaku, dan tak akan berulang. Tuhan Yahweh telahpun menunaikan janji tersebut tapi mereka gagal menjaganya. Janji tersebut juga hanya laku utk kali pertama saja, bukan kali kedua dan ketiga!


BERAPA KALI AL-QUDS NI BERTUKAR TANGAN??

Sejarah telah menyaksikan bagaimana kota Al-Quds menjadi rebutan ketiga-tiga agama ini. Secara ringkasnya, bermula dgn kekuasaan Bani Israel era Nabi Daud dan Sulayman, kemudian kekuasaan Empayar Roman yg beragama Kristian sejak era Titus, kemudian kekuasaan umat Islam sejak tahun 16 hijrah lewat misi tentera muslimin pimpinan Khalid Al-Walid, kemudian serangan tentera Salib Eropah, kemudian penguasaan kaum muslimin semula dan mutakhir ini, penguasaan kaum Yahudi Zionis terhadap kota ini sejak tahun 1967.

Sebenarnya, banyak lagi bangsa, empayar dan kerajaan yg pernah menduduki dan menguasai bumi Palestin ni. Ana cuma nyatakan secara ringkas saja di sini mengikut urutan (termasuk yg ana baru sebut tadi) :

1) Bangsa Kan’an (2500 SM-1200 SM)

2) Empayar Mesir (1479 SM)

3) Bangsa Pelaut@Palestin (1200 SM-330 SM)

4) Bani Israel (1013 SM-973 SM)

5) Empayar Mesir (920-935 SM)

6) Kerajaan Asyur (722 SM)

7) Kerajaan Mesir (608 SM)

8) Kerajaan Babylon (597 SM)

9) Empayar Parsi (539 SM-332 SM)

10) Makedonia (332 SM-63 SM)

11) Ptolemik (302 SM-198 SM)

12) Kerajaan Seleucids (198 SM-63SM)

13) Empayar Rom (63 SM)

14) Empayar Parsi (40 SM)

15) Empayar Rom (37 SM)

16) Empayar Rom Timur@Byzantin (138 SM-637 SM)

17) Empayar Parsi (614 SM-628 SM)

18) Era Kerajaan Islam (16 H-kurun ke-3 H)

19) Kerajaan Tulun (kurun ke-3 H)

20) Fatimiyah & Saljuk (kurun ke-4 H)

21) Penaklukan Kristian (1099 M)

22) Kerajaan Ayyubiah (1187 M)

23) Kerajaan Mamalik

24) Empayar Uthmaniyyah (1516 M-Perang Dunia I)

25) Naungan British (1918 M-1947 M)

26) Jajahan Israel (1948 M-sekarang)

MACAM MANA AL-QUDS BOLEH JATUH KE TANGAN YAHUDI SKRG??

“Letakkan apricot ke atas kepala,

agama Muhammad telah hancur dan musnah,

Muhammad telah mati,

yg ditinggalkan hanyalah anak2 perempuan yg lemah”


Sakit hati tak dengan lirik lagu ni? Kalau nak tau, ini adalah lagu yg dinyanyikan oleh tentera Zionis selepas kemenangan mereka menawan Masjidil Aqsa usai peperangan 1967 (kemenangan rejim Israel dgn bantuan AS).

Lihatlah wahai muslimin, nyata sekali kaum Yahudi telah menghina kita!! Lagu ini membawa maksud bahawa dgn kemenangan mereka yg dianggap sbg mukjizat itu merupakan berakhirnya agama Islam. Ianya kerana kegagalan umat Islam mempertahankan masjid mereka itu menunjukkan umat Islam telah kehilangan orang2 lelaki yg mampu mempertahankan Masjidil Aqsa!!

Seawal tahun 30-an lagi, banyak percubaan2 yg telah dilakukan oleh rejim Yahudi Zionis utk menawan kota Al-Quds. Antaranya, pd 20 Ogos 1929, sekumpulan ekstrimis Yahudi Kach telah menyerbu Masjidil Aqsa utk menguasai tembok Buraq (dikatakan Rasulullah s.a.w telah mengikat tunggangannya Buraq semasa peristiwa Isra’ Mikraj di situ) utk ditukar menjadi “Kotel” (tembok ratapan). Akan tetapi cubaan mereka gagal. Maka, selepas penubuhan negara Israel pd 14 Mei 1948, mereka membuat persiapan yg lebih rapi utk menawan kota tersebut. Kekalahan negara2 Arab kpd Negara rejim Zionis telah membuka ruang baru kpd mereka. Natijah drpd peperangan tersebut, tentera Zionis telah menyerbu Masjidil Aqsa lalu menawan tembok Buraq dan ditukar menjadi Kotel. Semenjak tarikh tersebut hingga kini, Masjidil Aqsa terletak di bawah kekuasaan mereka dan sentiasa terdedah kpd bahaya. Yg lebih membahayakan lagi, Masjidil Aqsa usai peristiwa tersebut telah mengalami proses pengYahudian!!

APA YG YAHUDI NI NAK SEBENARNYA??

Ok, skrg ana terus kpd point utama. Banyak dah ana tulis ni, takut boring baca lak. Sebenarnya, cita2 dan misi Yahudi adalah menubuhkan “THE GREATER JERUSALEM” atau ISRAEL RAYA yg telah diinisiatifkan pengisytiharannya pd 1982. Projek ini bermatlamat menubuhkan negara Yahudi yg merangkumi negara2 Arab di mana hanya akan diduduki dan didominasi oleh bangsa Yahudi dan bersih drpd populasi non-Yahudi. Penaklukan mereka terhadap Palestin skrg ni baru sedikit, sebenarnya masih jauh lagi perancangan mereka! (Semoga Allah menghancurkan strategi Yahudi Al-Mal’un).

Antara langkah yg mereka telah lakukan di bumi Palestin sendiri adalah merampas tanah2 milik orang Islam, mengusir penduduknya meninggalkan tanah air mereka, mencemari masjid2 dgn menukarnya menjadi sinagog (kuil), kandang lembu dan pusat maksiat, mendirikan Tembok Aparteid (Pemisah), diskriminasi terhadap penduduk asal di sana, penggalian di bawah Baitul Maqdis, pembunuhan beramai2 spt baru2 ini yg berlaku di Gaza dan seribu satu taktik kejam dan tidak berperikemanusiaan lagi mereka lakukan demi mencapai matlamat mereka.( Ana tak ceritakan semua perlakuan Yahudi ni secara detail, selebihnya sahabat2 boleh rujuk buku dan internet). Malah, mereka bercita2 utk menjadikan Al-Quds sbg “Arab-free-zone” sebelum pembinaan semula Haykal mereka. Dan ingat, mereka tak akan berhenti melakukan kekejaman di bumi Palestin sehingga tercapainya matlamat mereka atau, sehingga munculnya tentera “Salahuddin Al-Ayyubi” kali kedua yg bakal mengusir mereka dari bumi Palestin!! Tapi, di mana tentera muslimin ketika ini??

ADA APA DENGAN 21 OGOS 1969??

Ramai di kalangan umat Islam sendiri yg tak tahu apa sebenarnya yg berlaku di Palestin dari segi sejarah, selain peristiwa pengeboman Israel di Gaza mutakhir ini. Terus kpd point, antara siri keganasan dan keekstriman yg dilakukan terhadap Masjidil Aqsa di Al-Quds adalah; peristiwa pembakaran Masjidil Aqsa pd 21 Ogos 1969. Ana suka nak fokuskan peristiwa ni sebab ia mempunyai kesan dan sejarah yg amat besar bagi umat Islam-walaupun ramai yg tak mengetahui.

Dennis Michael, seorang Kristian berfahaman Zionis dari Switzerland adalah orang yg bertanggungjawab terhadap pembakaran Masjidil Aqsa ini! Yg menyedihkan, antara yg mengalami kemusnahan adalah minbar masjid yg telah dibina sejak zaman Nuruddin al-Zinki dan pernah digunakan oleh Salahuddin al-Ayyubi semasa pemerintahannya! Seharian suntuk, umat Islam telah bertungkus-lumus memadamkan api dan menyelamatkan kesan2 sejarah di masjid tersebut. Hasil drpd peristiwa pembakaran ini, OIC telah ditubuhkan utk menyatukan negara2 majoriti umat Islam agar menjadikan isu Palestin dan Masjidil Aqsa sbg isu utama umat Islam sedunia. Bagi penjenayah yg telah bertanggungjawab membakar Masjidil Aqsa pula, dia telah dibebaskan oleh kerajaan rejim Zionis kerana didapati “tidak siuman”, walaupun dari segi profesionnya, dia merupakan doktor perubatan!

Sayangnya, OIC yg telah ditubuhkan usai peristiwa tersebut, sehingga kini tidak dapat menyelesaikan isu Palestin ini, malah ia terpinggir dari agenda OIC. Ratusan resolusi yg telah diluluskan oleh OIC, tapi dari segi praktikal, tiada satu pun yg dapat dilaksanakan. Lebih malang lagi, dalam mengemukakan penyelesaian terhadap isu Palestin, negara2 OIC hanya menuruti saja apa2 keputusan yg dibawa dari Washington dan Tel Aviv. Beginilah realiti yg berlaku yg memang kita sedari.

Tarikh 21 Ogos yg merupakan tarikh memperingati Masjidil Aqsa adalah patut disambut dan dijadikan acara kebangsaan, agar perasaan kecintaan umat Islam seluruh dunia terhadap Masjidil Aqsa akan sentiasa mekar, dan agar semangat umat Islam sentiasa diperbaharui dan disalurkan ke tempat yg sepatutnya.

IZAN, APA YANG PERLU KITA LAKUKAN??

Di dalam menangani isu Palestin ini, kita sbg orang awam juga mempunyai tanggungjawab dan mampu bertindak walaupun usaha kita tak seberapa. Akan tetapi, kalau kita lakukan secara beramai2 dan istiqomah, kesannya amat besar. Antaranya;

Ø Prihatin dan ihtimam dgn isu Palestin ini. Dapatkanlah kesedaran dan carilah maklumat berkaitan sejarah Palestin dan Masjidil Aqsa agar isu ini dapat dilihat dari kaca mata Islam dan agar tidak salah faham.

Ø Berusaha utk menyedarkan dan menyampaikan maklumat kpd orang ramai. Adalah menjadi tugas kpd mahasiswa, para penceramah, para khatib, para guru dan sesiapa saja yg mempunyai ruang pengaruh kpd masyarakat utk menghidupkan ruh jihad dgn pelbagai cara spt ceramah, perhimpunan aman, forum, sebaran artikel dan sbgnya. Ruang teknologi maklumat adalah medium yg paling efektif utk menyampaikan maksud ini.

Ø BOIKOT produk Israel dan Amerika Syarikat yg bersekutu dalam kehancuran umat Islam. Ia telah difatwakan wajib oleh majoriti ulama seluruh dunia. Dr. Yusuf Al-Qardhawi mengatakan: “Satu riyal (ringgit) yg digunakan utk membeli barangan Amerika bersamaan dgn sebutir peluru yg akan digunakan oleh tentera2 Zionis utk membunuh anak2 kecil2 di Palestin”. (Dapatkan maklumat mengenai produk utk diboikot dari: http://www.inminds.co.uk/)

Ø Kita juga boleh mengeluarkan derma dan menyumbang kpd badan2 yg boleh menyalurkannya terus ke Palestin spt Aman Malaysia, MERCY Malaysia dan lain2.

Ø Doa dan solat hajat drpd kita dari jauh amat berguna. Doakanlah agar Allah membantu para mujahidin Palestin, mempercepatkan kemenangan umat Islam, menimpakan kekalahan yg teruk kpd rejim Israel dan menghalau mereka terus dari bumi Palestin.

Wahai sahabat2 sekalian, renungilah peristiwa ketika mana Nabi Ibrahim a.s sedang dibakar, seekor burung kecil bersungguh2 berulang-alik membawa air di paruhnya utk menyimbah api yg marak. Dan ketika burung itu ditegur, “Apa gunanya air sedikit yg kau bawa itu? Bukankah ia tak dapat memadamkan api yg sedang marak ini?”. Maka jawab sang burung, “Memanglah usaha aku yg kecil ni tak dapat memadamkan api marak tu, tapi aku takut aku aku tak dapat jawab bila ditanya oleh Allah tentang apa yg aku lakukan utk membantu Nabi Ibrahim!”. Jika burung kecil yg tak dihisab itu boleh bertindak sedemikian sbg rasa tanggungjawab, maka apa usaha kita utk membantu saudara2 seagama kita di Palestin??


Hayatilah juga hadis ini- Sabda Rasulullah s.a.w, “Barangsiapa yg tidak mengambil tahu hal-ehwal saudara seagamanya, maka dia bukan dari kalangan mereka”. (maksud yg difahami drpd matan hadis)

No comments: