Monday, November 16, 2009

MUHADHARAH TERAKHIR BERSAMA SHEIKH IBRAHIM

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ku panjatkan ke hadrat Ilahi di atas segala nikmat yg dikurniakanNya kepadaku, antaranya, nikmat iman dan Islam yg merupakan dua nikmat teragung yg menyebabkankanku hidup atas kalimah “Lailahaillah Muhammadur Rasulullah”, nikmat kesihatan tubuh badan dan masa lapang yg membolehkanku bermujahadah demi menuntut ilmu, nikmat keselesaan, kecukupan dan keamanan mu’ayasyah di perantauan, nikmat ukhwah dgn sahabat-sahabat yg gigih menuntut ilmu di bumi Kinanah ini, nikmat para murobbi yg tidak mengenal erti penat lelah demi menyampaikan mutiara-mutiara ilmu kpd kami, dan pelbagai macam nikmat lagi yg tidak terhitung banyaknya yg masih kukecapi kurniaan Allah yg bersifat ar-Rahman ar-Rahim.

Tidak lupa juga selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam, pembawa cahaya ilmu dan iman ke seluruh alam yg sebelumnya di dalam kegelapan jahiliyyah, keluarga baginda, para sahabat dan para pengikutnya yg berada di jalan hidayahNya.

Amat kecewa saya rasa pada hari ini kerana terlambat sampai ke muhadharah terakhir Sheikh Ibrahim Ahmad Umar Shoh (murobbi Nahu, Sastera Arab dan Fiqh Maliki di Masjid Azhar) sebelum beliau berangkat ke Tanah Suci utk menunaikan haji pd hari Rabu ni. Lepas habis kuliah di Jami’ah lebih kurang pukul 1.30 ptg, saya bergegas ke Masjid Azhar menaiki teksi bersama 3 orang sahabat demi menghadiri muhadharah penting beliau pd hari ini. Namun, kami tetap sampai lewat kerana kesesakan luar biasa hari ni di area Darrasah dan Hussin, sampai sempat saya terlelap sebentar dalam teksi. Alhamdulillah, walaupun tak sampai sejam muhadharah Sheikh Ibrahim itu sempat saya hadiri, banyak istifadah dan manfaat yg saya dapat, dan yg paling penting, saya dapat melihat dan bertemu sheikh buat kali terakhir sebelum permusafiran beliau.

Rupanya, pd muhadharah Sheikh Ibrahim hari ni , beliau mensyarahkan kitab yg baru sahaja beliau siapkan pd awal November ni, tajuknya “Nailul ‘Ulum” yg merupakan himpunan sya’ir berjumlah 79 bait karangan beliau sendiri. Di dalam kitab tersebut juga terdapat syarah matan Nailul ‘Ulum yg beliau sendiri mensyarahkannya selaku pengarang matan tersebut. Kitab Nailul ‘Ulum -matan dan syarahnya- tersebut mengandungi 10 fasal yg memfokuskan mengenai ilmu, antaranya takrif ilmu dan bahagian-bahagiannya, takrif akal dan bahagian-bahagiannya, adab menuntut ilmu dan fadhilatnya, dan seterusnya mengenai bagaimana ilmu agama dan dunia itu bercambah dan berkembang sehingga terhasillah pelbagai bidang ilmu seperti pd masa sekarang. Sebelum muhadharah bermula, sheikh telah mengagih-agihkan nuskhah salinan kitab beliau tersebut kpd yg hadir secara percuma, tapi saya tak dapat bahagian sebab sampai lambat, jadi saya fotostat lagi nuskhah salinan tersebut drpd kawan arab yg dapat.

Sebenarnya, pd muhadharah 2 minggu lepas semasa pengumuman markah ujian kitab Tanqih Azhariah dan Fiqh Maliki, sheikh ada mensyarahkan mengenai percambahan ilmu secara ringkas, dan sheikh mengatakan yg beliau akan menyambung syarahannya pd muhadharah akan datang. Rupanya hari nilah sheikh sambung syarahan tersebut secara menyeluruh berpandukan kitab Nailul ‘Ulum tu. Sebab tulah saya merasa amat terkilan + sedih kerana terlepas separuh muhadharah penting hari ni. Hampir-hampir saya skip kuliah lepas solat Zuhur sebab nak berkejar ke Masjid Azhar, tapi Alhamdulillah tak buat, sebab muhadharah Balaghah kat kuliah pun tak kurang pentingnya. Yang sempat saya ikuti muhadharah Sheikh Ibrahim hari ni, beliau mensyarahkan mengenai bagaimana ilmu itu berkembang.

Secara ringkasnya, asal-usul semua ilmu adalah ilmu agama yg bersumberkan al-Quran, kemudian muncul as-Sunnah (Hadis) yg memperjelaskan al-Quran, dan seterusnya muncul pula Fiqh yg merupakan hukum-hakam yg termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah. Ketiga-tiga ilmu asas ini dikenali sbg “Jawahirul ‘ilmi”. Seterusnya, drpd setiap ilmu ini, muncul pasangan ilmu masing-masing, iaitu ilmu Qira’at bagi al-Quran, ilmu Mustalahul Hadis bagi as-Sunnah dan ilmu Usul Fiqh bagi Fiqh. Tiga ilmu baru ini dikenali sbg “Dhawabitul ‘ilmi”. Drpd sinilah saya dapat menta’kidkan bahawa ilmu Fiqh muncul dulu sebelum Usul Fiqh, sebab sebelum ni saya pernah berdebat dgn seorang ustaz yg mengatakan bahawa ilmu Usul Fiqh muncul dulu ^_^. Bahagian seterusnya, muncul pula ilmu-ilmu baru yg dikenali sbg “Ulumul Alat”, iaitu ilmu Nahu, ilmu Saraf, ilmu Balaghah, dan ilmu Adab yg berkaitan dgn thaqafah dan sastera arab yg termasuk di dlmnya ilmu Arudh dll. Kewujudan ilmu-ilmu alat ini bertujuan memelihara Al-Quran lanjutan peristiwa salah faham makna akibat salah baca baris pd ayat al-Quran (kerana kesalahan pd satu baris shj boleh merubah keseluruhan makna ayat) , lalu Abul Aswad ad-Du’ali pun mengasaskan salah satu ilmu alat ini, iaitu ilmu Nahu.


Setelah pelbagai jenis ilmu berkembang dan bercambah, muncul pula ilmu Falsafah, ilmu Mantiq dan ilmu Kalam (Tauhid) yg dikenali sbg “Ulumul ‘aqli”. Kemunculan ilmu seterusnya adalah “Ulumur Ruh wan Nafsi” yg termasuk di dalamnya ilmu Tasauf, Akhlak dan yg berkaitan dgnnya. Kemudian, muncul bahagian ilmu selanjutnya iaitu “ilmu at-Tarikh wal-Ansab” berkaitan kajian manusia terhadap sejarah dan keturunan mereka. Dan yg terakhir sekali, barulah muncul ilmu-ilmu duniawi yg dikenali sbg “Ulum at-Tajrubah” hasil kajian berterusan manusia terhadap kehidupan mereka, yg mana ianya terdiri drpd pelbagai bidang ilmu antaranya ilmu perubatan, ilmu matematik, ilmu berkaitan alam dan angkasa spt geografi, pertanian dan falak, ilmu kejuruteraan, ilmu perindustrian, ilmu ketenteraan dan termasuk juga ilmu berbahay spt ilmu sihir yg dipelajari bukan utk diamalkan. SubhanAllah, drpd sini, jelaslah bahawa Al-Quran itu adalah asal-usul dan sumber segala bidang ilmu, drpd sini ta’kidlah bahawa Al-Quran adalah bersifat syumul, iaitu isi kandungannya menyeluruh ke segenap aspek kehidupan, dan drpd sini zahirlah i’jazul ilmi kitab suci Al-Quran yg ditemui dan diterokai sedikit demi sedikit. SubhanAllah, SubhanAllah, SubhanAllah!!
 
Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana sempat mengikuti muhadharah terakhir Sheikh Ibrahim hari ni. Amat berbaloi dan tidak sia-sia walaupun cuma separuh muhadharah. Setelah sheikh mengkhatamkan syarahan kitab tersebut, beliau menyampaikan hadiah berupa kitab (saya tak pasti kitab apa) kpd pelajar-pelajar beliau yg cemerlang dlm ujian-ujian lepas. Saya tidak termasuk kerana cuma mengikuti kelas Nahu sheikh sahaja, bukan kelas Sastera dan Fiqh Maliki. Seterusnya, sheikh membacakan doa penutup muhadharah terakhir beliau sebelum pemergian beliau menunaikan ibadah haji pd tahun ini. Ya Allah, amat zuq saya rasakan semasa sheikh membaca doa yg panjang dan kami mengaminkannya, sehingga tidak tertahan air mata ini drpd mengalir laju. Terbayang bagaimana kesungguhan sheikh yg berasal drpd Senegal, Afrika di dalam menuntut ilmu sehingga menjadi faqih terutama dlm bidang lughah (bahasa Arab) walaupun beliau bukanlah berbangsa arab. Sheikh selalu menasihati kami agar menuntut ilmu bersungguh-sungguh, tidak ponteng muhadharah, muroja’ah pelajaran, jaga adab-adab sbg penuntut ilmu dan jaga hati agar tidak dicemari dgn perasaan takbur, riak, ujub dan sbgnya semasa menuntut ilmu. Nasihat dan taujihat sheikh amat terkesan di dlm hati saya…ya Allah.. Seterusnya, sebelum sheikh meninggalkan anjung al-Atrak di Masjid Azhar tempat muhadharah pd hari ni, sheikh ke belakang ke tempat akhawat utk bertemu kami. Sheikh menambah lg nasihat kpd kami, mengucapkan tahniah kpd pelajar-pelajarnya yg dapat hadiah kitab, dan tak lupa sheikh beritahu saya yg beliau berjanji akan memulakan kelas Nahu khas -yg pernah saya ajukan permintaan kelas ini- bermula drpd kitab Tuhfatus Saniah utk pelajar yg tak sempat berkejar dari kuliah ke muhadharah beliau yg sedia ada sekarang ini slps zuhur. Alhamdulillah, bertuah + bahagia rasa sebab sheikh mengenali saya dan mengingati nama saya, “ukht Liyana” ^_^. Hanya doa yg sempat saya kirim kpd sheikh sebelum beliau berangkat ke Tanah Suci Mekah hari Rabu ini.

Insha Allah, selepas kepulangan Sheikh Ibrahim drpd haji pd bulan satu nanti, beliau akan isti’naf (baca: mula kembali) pengajian Nahu sambungan kitab Tuhfatus Saniah pd hari Khamis dan Sabtu selepas Zuhur, memulakan kitab Syuzuruz Zahab setelah menghabiskan kitab Qatrun Nada (amat terkilan sebab tak dapat habiskan kitab Qatrun Nada sejak naik kuliah tahun 1, sebab tak dapat kejar muhadharah sheikh lepas zuhur kat Masjid Azhar) pd hari Ahad dan Selasa selepas zuhur, dan akan memulakan kelas Nahu khas utk pelajar yg tdk sempat mengikuti kelas beliau selepas zuhur , tapi waktu kelas khas ini belum ditentukan lagi dan akan dibincangkan lepas sheikh balik nanti. Doakan kami agar dapat meneruskan kelas dengan Sheikh Ibrahim Ahmad Umar Shoh!


Ya Allah, jadikanlah kami di kalangan hambaMu yg gigih dan bersungguh-sungguh di dalam menuntut ilmuMu, dan peliharalah hati kami drpd sifat-sifat tercela yg boleh merubah niat dan memesongkan tujuan kami di dalam permusafiran ilmu ini. Amin…

* Artikel ini dipos kerana rasa penghargaan dan sayang saya yg teramat kpd Sheikh Ibrahim, antara murobbi-murobbi saya di anjung al-Atrak dan anjung al-Mugharibah di Masjid al-Azhar, Kaherah.
* Saya tidak dapat memaparkan gambar sheikh kerana beliau melarang para pelajar mengambil gambar beliau ketika muhadharah.

Saturday, October 17, 2009

YA ALLAH, SELAMATKAN SEKOLAHKU!

Assalamu’alaikum w.b.t,

Segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam,
selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., juga buat keluarga, dan para sahabat baginda.

Sedang saya mencari maklumat mengenai sekolah lama saya pada beberapa bulan yang lepas, secara kebetulan saya terbuka laman PAS Negeri Johor mengenai sekolah-sekolah agama rakyat di Johor yang sekarang ini lebih dikenali sebagai 'sekolah menengah agama'. Alangkah terkejutnya saya apabila terbaca artikel yang bertajuk "Wajarkah Sekolah Menengah Agama Negeri Johor Diserahkan Kepada Kementerian". Ini adalah kerana sekolah lama saya, Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Segamat (SMAKS), tempat saya menimba ilmu agama dan bahasa arab, juga tempat saya mendapat tarbiah islamiah daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5, adalah merupakan salah sebuah sekolah agama rakyat di bawah kerajaan negeri. Semasa menuntut di sekolah kesayangan tersebut, pernah juga kedengaran war-war yang mengatakan bahawa kementerian hendak mengambil sekolah kami untuk dijadikan sekolah agama bantuan kerajaan. Namun alhamdulillah, pengetua kami, al-Fadhil al-Ustaz Mohamad bin Ibrahim bertegas untuk tidak menyerahkan sekolah kami kepada kementerian! Biarlah kami belajar dalam keadaan serba kekurangan tanpa kemudahan yang lengkap di sekolah yang kecil, biarlah sekolah kami selalu dilepas pandang oleh Pejabat Pendidikan Daerah Segamat, biarlah sekolah kami tidak terkenal seperti sekolah-sekolah menengah lain di Segamat, namun untuk menggadaikan silibus Azhar yang telah wujud sejak sekian lama di sekolah kami, tidak sekali-kali kami merelakan!! Sebelum saya mengulas lebih panjang, sila baca artikel tersebut yang bertarikh 12 Januari 2009.

* * *

Wajarkah Sekolah Menengah Agama Negeri Johor Diserahkan Kepada Kementerian?




Monday, 12 January 2009 23:05

12 Jan - Dunia pendidikan di negara kita sering kali dilanda dengan pelbagai ‘bencana’ yang sering kali ‘dicipta’ oleh pemimpin-pemimpin negara yang berfikiran dangkal yang sentiasa membuat keputusan secara melulu tanpa mengambil kira pandangan dan membuat kaji selidik yang terperinci terlebih dahulu. Belumpun reda dengan isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang begitu hebat mendapat tentangan dan bantahan daripada Badan-badan Bukan Kerajaan (NGOs), dan parti-parti politik, sekali lagi isu pengambil-alihan sekolah menengah agama negeri oleh kerajaan persekutuan mula ‘membadai’ di negeri selatan tanah air.



Timbalan PesuruhJaya Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Negeri Johor, Ustaz Atan Gombang (gambar) telah dihubungi bagi merungkai segala persoalan dan kekeliruan yang timbul dikalangan masyarakat khususnya rakyat negeri Johor berkenaan dengan hasrat Kerajaan Persekutuan untuk mengambil-alih sekolah-sekolah menengah agama negeri Johor dan diletakkan dibawah Kementerian Pendidikan. Sebagai Pengerusi Jawatankuasa berkenaan dengan isu ini, beliau telah dilihat sebagai orang yang paling layak untuk mengulas isu ini secara lebih mendalam dan teliti. Persoalan yang timbul adalah mengapa pihak kementerian bersungguh-sungguh untuk mengambil alih sekolah-sekolah menengah agama dalam negeri Johor dan mengapa pula ada pihak terutamanya PAS turut bersungguh-sungguh membantah hasrat berkenaan? Adakah PAS itu pembangkang maka sifatnya selalu membangkang kerajaan ataupun ada sesuatu yang tidak dapat ‘dihidu’ secara langsung oleh rakyat negeri Johor khususnya, sehinggakan mereka masih lagi membisu mengenai isu ini?.

“Secara muqaddimahnya, kita terlebih dahulu perlu faham apa yang tersurat mahupun tersirat disebalik kewujudan Sekolah-sekolah Menengah Agama (Arab) dalam negeri Johor. Bilangannya setakat ini adalah sebanyak 22 buah yang mana dahulunya sekolah-sekolah menengah agama ini lebih dikenali sebagai Sekolah Arab Negeri Johor atau Sekolah Agama Rakyat (SAR) dimana sekolah-sekolah ini menjalankan sistem peperiksaan ‘idadi, ibdaei dan juga sanawi. Para pelajarnya perlu belajar sekitar 8 tahun sebelum layak untuk memasuki Universiti Al-Azhar, Mesir. Namun, sewaktu zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamed, sistem tadi telah pun diubah dan dikuatkuasakan pula Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) untuk diduduki oleh pelajar-pelajar di sekolah menengah agama.

Apa yang mengecewakan pada hari ini ialah pihak kerajaan negeri Johor sendiri hendak menyerahkan kesemua sekolah menengah agama negeri Johor ini kepada Kementerian. Tidak nafikan bahawa sekolah yang akan diserahkan akan mendapat layanan dan kemudahan yang amat istimewa daripada kementeriaan terutamanya kemudahan-kemudahan asas serta tangga gaji guru mengajar yang jauh lebih tinggi jika dibandingkan sewaktu dibawah kelolaan kerajaan negeri. Sungguhpun demikian, apa yang perlu dibimbangi ialah keterikatan sekolah-sekolah agama tadi dengan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) yang mengandungi beberapa peraturan yang wajib diikuti dan dilaksanakan apabila berlaku ‘peralihan kuasa’ kelak.

Sebagai contohnya, sekitar April 2005, 3 buah sekolah menengah agama di negeri Johor telah pun secara rasminya diserahkan kepada pihak Kementerian dan menjadi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sekolah-sekolah tersebut adalah SMA al-Quran Waddin Johor Bahru, SMA Al-Attas Ulu Tiram dan SMA An-Nur Benut. Seperti yang telah dimaklumkan, sekolah-sekolah ini akan menjadi seperti ‘anak emas’ kepada pihak kementerian berbanding sekolah-sekolah menengah agama lain dibawah jagaan kerajaan negeri. Tetapi apa yang dimusykilkan ialah proses penyerahan sekolah-sekolah berkenaan yang hanya menggunakan MoU sahaja dimana dalam MoU tersebut dinyatakan pada Bahagian 3 di bawah perkara Kurikulum dan Ko-Kurikulum, 3.1 “sekolah agama ini hendaklah melaksanakan kurikulum kebangsaan sebagaimana yang diperuntukan dalam Akta Pendidikan 1996”, 3.2 “sekolah agama ini juga boleh melaksanakan kurikulum pelajaran agama yang diluluskan oleh Majlis Raja-Raja”.

Skop perjanjian itu adalah terlalu umum terutama pada Bahagian 3, perkara 3.2. Apakah yang dimaksudkan dengan kurikulum pelajaran agama yang diluluskan oleh Majlis Raja-raja? Adalah ianya silibus matapelajaran Al-Azhar ataupun sebaliknya? Menurut pengetua sekolah-sekolah menengah agama tadi, yang dimaksudkan itu adalah silibus Al-Azhar. Apabila terus diselidiki, memang benarlah silibus Al-Azhar ada dilaksanakan di sekolah-sekolah berkenaan namun ianya hanyalah sebagai matapelajaran sampingan sahaja dan bukannya matapelajaran yang diutamakan. Inilah yang dibimbangi dan dibantah oleh PAS!

Bayangkan ada 13 matapelajaran Al-Azhar yang perlu diajar diantara pukul 2.30ptg hingga 5.15ptg. Sudah tentu masa tersebut tidak mencukupi walaupun masa sebelah malam juga digunakan sebagai waktu mengajar. Ini menyebabkan pelajar-pelajar menjadi semakin tidak serius untuk mengambil kesemua mata pelajaran tadi. Lama-kelamaan ianya akan terhakis sedikit demi sedikit sebagaimana yang nasib yang telah dialami oleh tulisan jawi yang mula dihapuskan penggunaannya di sekolah-sekolah sewaktu Khir Johari menjadi menteri pelajaran dahulu. Sampai sekarang tulisan jawi tersebut terus ‘tenggelam’ walaupun ada pihak yang menimbulkannya kembali. Sebab itulah ada pengetua-pengetua sekolah menengah agama yang telah ditemui menyatakan rasa tidak setuju mereka untuk diserahkan sekolah-sekolah tersebut kepada kementerian.

Dipihak PAS pula, apa yang sedang diperjuangkan adalah untuk memastikan agar silibus Al-Azhar ini bukan hanya dimeterai di dalam MoU sahaja, bahkan ianya perlu dilaksanakan secara menyeluruh dan bukan sebagai matapelajaran sampingan di sekolah menengah agama. PAS juga cuba mengusahakan agar silibus Al-Azhar tadi diaktakan dibawah Akta Pendidikan 1996. Maka, isi perjanjian MoU tadi bolehlah dinyatakan, “sekolah agama ini (yakni SABK) hendaklah melaksanakan kurikulum Al-Azhar sebagaimana yang ditetapkan dibawah Akta Pendidikan 1996 Pindaan 2009”, misalnya. Ini bermaksud, perkataan “boleh” dalam MoU perkara 3.2 tadi digantikan dengan perjanjian yang lebih konkrit yang boleh menjamin kesinambungan pengajaran silibus Al-Azhar di sekolah-sekolah menengah agama negeri Johor.

Janganlah nasib sekolah-sekolah menengah agama negeri Johor yang lain mengikuti jejak Maahad Muar yang sekarang ini lebih dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Agama. Dulunya sekolah ini menjalankan sepenuhnya silibus Al-Azhar, namun setelah diserahkan kepada kementerian, sekarang ini sekolah tersebut hanya mengajar Arab Komunikasi satu matapelajaran sahaja kepada pelajar-pelajarnya.

Dato’ Mahfudz, PesuruhJaya PAS Negeri Johor dalam ceramahnya pada 10 Januari lalu juga turut mengulas berkenaan isu ini. Beliau menyatakan bahawa, kes yang sedang membelenggu sekolah-sekolah menengah agama negeri Johor ini adalah berbeza dengan kes 22 buah Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang didaftar dengan kementerian oleh kerajaan negeri Kelantan pada tahun lepas. Ini kerana sekolah-sekolah tersebut hanya “didaftarkan” sahaja dan ini berbeza dengan menyerahkan kepada kementerian. Lagipun, mengapakah pihak kementerian dilihat begitu ghairah untuk mengambil-alih sekolah-sekolah aliran agama disetiap negeri?. Sekiranya kementerian memberikan alasan bahawa mereka bertindak sedemikian adalah untuk menjaga kebajikan pelajar dan guru serta menaik taraf kemudahan-kemudahan asas di sekolah-sekolah agama melalui bantuan perkapita, mengapa pula ianya perlu didaftarkan? Ironinya, orang yang ikhlas untuk memberi bantuan tidak akan membuat sebarang ikatan perjanjian dan bantuan tetap akan diberikan walaupun tiada balasan diperoleh.

Barangkali kerajaan negeri Johor perlu mengikuti jejak langkah kerajaan negeri Kelantan yang hanya mendaftarkan sebahagian sahaja SAR dibawah Kementerian (22buah daripada 66buah), itupun sekolah-sekolah tersebut adalah dibawah kategori ‘bermasalah’ iaitu memerlukan bantuan. Mungkin Tok Guru Nik Aziz hendak menguji keikhlasan Kementerian maka hanya sebahagian sahaja didaftarkan dan jika benar niat kementerian itu khu’dus, maka dalam jangka masa 2-3 tahun lagi, sekolah-sekolah yang diserahkan tadi secara logiknya akan dapat menyaingi kehebatan MRSM, SBP atau paling kurang pun setaraf dengan sekolah harian biasa dari segi kemudahan asas dan kebajikan guru dan pelajar. Sekiranya perkara tersebut terjadi, maka wajarlah kesemua sekolah menengah agama itu boleh diserahkan kepada kementerian.

PAS sekarang sedang mengorak langkah untuk memberi penerangan kepada rakyat negeri Johor mengenai isu yang sedang melanda sekolah menengah agama ini melalui seberapa banyak ceramah dan seminar-seminar yang sedang diatur. Mereka perlu sedar bahawa isu ini bukan masalah PAS, ianya juga bukan masalah mana-mana pertubuhan parti politik tetapi ianya adalah masalah rakyat negeri Johor sendiri. Rakyat Johor perlu bangkit untuk mempertahan kesinambungan sistem pendidikan islam yang telah diwarisi sekian lama"…Wallahu’alam.

Antara Sekolah-sekolah Menengah Agama yang terlibat:

Sekolah Menengah Tarbiah Batu Pahat

Sekolah Menengah Agama Parit Sulong

SMA Lughatil Arabiah Tangkak

SMA Khairiah Segamat

SMA Al- Khairiah Al-Islamiah Mersing

SMA Bandar tenggara

SMA Kota Tinggi

SMA Lughatul Quran Muar

SMA Darul Ulum Muar

SMA Tanwiriah Parit Jawa, Muar

SMA Parit Subari

SMA Jawahir Al-Ulum Senggarang

SMA Parit Raja

SMA Bugisiah Tampok Pontian

SMA ‘Arabiah Kluang

SMA Kerajaan Johor

Maahad Pontian

Maahad Johor

SMA Al-Quran Waddin Johor Bahru

SMA Al-Attas Ulu Tiram

SMA An-Nur Benut

Sumber : http://johor.pas.org.my/

* * *
Ya, saya tidak nafikan yang sekolah-sekolah agama bantuan kerajaan yang dinyatakan di atas, yang sebelum ini juga merupakan sekolah agama rakyat seperti sekolah lama saya, mendapat pelbagai keistimewaan dari segi kemudahan, tetapi mengapa mesti dihilangkan silibus al-Azhar yang sudah sedia ada?? Adakah kerana takut pelajar tidak dapat membawa subjek-subjek akademik dan agama pada masa yang sama?? Kalau mereka tidak mampu mereka tidak akan memilih sekolah-sekolah tersebut sebaliknya lebih baik masuk sekolah menengah agama kerajaan (SMKA) yang cuma ada Bahasa Arab Komunikasi sahaja. Adakah kerana pencapaian akademik pelajar di sekolah agama rakyat tidak mencapai tahap yang membanggakan?? Inilah jawapan yang amat tidak relevan. Kalau begitu, tiada di kalangan mereka yang mampu melanjutkan pelajaran di universiti-universiti tempatan dalam pelbagai bidang bukan sahaja bidang agama, apalagi di universiti timur tengah.

Selain daripada itu, ingin saya menyentuh mengenai silibus di sekolah-sekolah agama sesi pagi atau petang di Johor yang lebih dikenali sebagai 'sekolah petang' di kalangan rakyat Johor. Alhamdulillah, semasa zaman saya dahulu, sempat saya mengikuti pendidikan agama di sekolah petang daripada Darjah 1 sehingga Darjah Khas. Subjek-subjek agama yang diajar juga amat lengkap dan mendalam, antaranya Faraidh, Ibadat, Jenayat, Munakahat, Mu'amalat dan sebagainya yang tidak diajar secara terperinci di negeri-negeri lain. Dan saya berjaya menamatkan Darjah Khas semasa di Tingkatan 4 kerana mendudukinya selama dua tahun. Malangnya sejak beberapa tahun lepas, silibus agama tersebut telah dikurangkan dan disingkatkan tempoh pengajiannya. Beberapa subjek berat seperti Jenayat, Mu'amalat dan sebagainya (saya tidak ingat) digabungkan menjadi Ibadat 1 dan beberapa subjek lain digabungkan menjadi Ibadat 2. Malah, seawal Tingkatan 1 pada usia yang tidak matang dan tidak mampu menghayati pelajaran agama yang tinggi dengan baik, para pelajar boleh menamatkan sekolah agama petang mereka dan seterusnya menyimpan terus kitab-kitab mereka ataupun mewariskannya kepada adik-adik atau jiran mereka. Yela, peperiksaan Darjah Khas bukannya penting dan perlu ditakutkan sangat macam peperiksaan PMR dan SPM.....(mentaliti pelajar yang mengejar sijil semata-mata). Dan lebih malang lagi bagi pelajar sekolah menengah biasa, kerana pada tahun-tahun mendatang, mereka akan hidup tanpa atau sedikit pedoman agama setelah habis sekolah agama petang pada usia yang masih mentah. Yela, subjek Pendidikan Islam (PI) kat sekolah menengah cuma dipelajari sebab nak periksa je....Alangkah malangnya adik-adikku...

Inilah apa yang terbuku di hati saya selama ini. Ke manakah perlu saya adukan perkara ini?? Jabatan Agama Johor @ Majlis Agama Negeri Johor (MAIJ)?? Hurm, apalah daya mereka kerana mereka adalah di bawah pemerintahan kerajaan negeri yang terkenal sebagai lubuk BN.. Wallahu ta'ala a'lam.

Ya Allah, selamatkanlah sekolah lamaku dan sekolah-sekolah agama lain daripada tangan 'mereka' yang cuba untuk memadam dan melenyapkan pendidikan agama-Mu di negeriku Johor khususnya dan negaraku Malaysia umumnya...
~ameen~

قال الله تعالى فى كتابه العزيز : ومكروا ومكر الله والله خير الماكرين



Sunday, September 27, 2009

nafas baru

Assalamu’alaikum w.b.t,
Segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam,
selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., juga buat keluarga, dan para sahabat baginda.

Alhamdulillah, sempena program orientasi pelajar baru (batch ke-2) program matrikulasi al-Azhar, antara slot yg menarik adalah kuliah dasar mengenai kepentingan ilmu yg disampaikan oleh Ust. Hairul Nizam b. Mat Husain, satu nama yg tidak asing lagi di kalangan pelajar Malaysia di bumi 'anbiya' ini. Walaupun bukan peserta atau fasilitator, cuma sekadar ajk di dlm program ini, namun saya tidak melepaskan peluang utk turut serta mendengar penyampaian beliau.

* * *

Apakah yg aku dapat setelah mengikuti syarahan Ust. Hairul Nizam??
Tidak mampu utkku menta'birkan perasaan ini..
suatu nafas baru..
semangat baru..
kefahaman dan kesedaran yg lebih mendalam..
Tanggungjawab sebagai pelajar agama sangat besar!
Ya, ilmu di kuliah sahaja tidak mencukupi,
4 tahun di universiti..cukupkah??
alangkah ruginya jika aku tidak tergolong di kalangan mereka yg dlm keasyikan menggali segala mutiara ilmu yg bertebaran di bumi Mesir ini..
alangkah ruginya mereka yg terlena dlm zon selesa tanpa mahu bermujahadah dan berkorban demi bertalaqqi dgn para masyaikh yg tidak pernah mengharapkan upah..
alangkah ruginya mereka yg menunggu utk disuap sahaja tanpa mahu berusaha mencari..
alangkah ruginya..
jalan utk mengaut keuntungan akhirat sudah terbentang luas,
tinggal diri kita sahaja, sama ada mahu menempuhinya ataupun tidak..

Ya Allah, betapa rindunya aku utk kembali meneruskan rutin harian spt sebelum Ramadhan,
rindunya utk bertemu para duktur di kuliah,
rindunya utk kembali menadah kitab di anjung-anjung masjid al-Azhar, mendengar mutiara kalam yg keluar dari mulut sheikh-sheikh tersayang..
kelazatan menuntut ilmu amat sukar digambarkan..

Syukran kpd sahabat-sahabat seperjuangan..
kesungguhan dan keistiqamahan kalian bertalaqqi,
menaikkan kembali semangat dan himmahku ketika ia menurun..
semakin mengobarkan semangat dan himmahku ketika ia meningkat..
sama-sama kita bermujahadah,
sama-sama kita garap segala peluang sementara waktu dan kesihatan mengizinkan..

doa dan harapanku,
semoga penyakit 'cinta dunia' tidak menimpa diri ini..
rumah yg besar, bilik yg selesa, handset, laptop, duit biasiswa,
semua itu adalah fitnah dunia yg melekakan..
yg melalaikan kita drpd menginfakkan diri, tenaga dan waktu demi keluar menuntut ilmu..
lalu kita terlena dlm zon selesa..

Adakah saya mampu utk memikul amanah ini??
Adakah saya layak utk menjadi di kalangan mereka yg akan mendokong agama di negara tercinta ketika mana kesedaran kembali kpd syariah islam timbul di kalangan masyarakat??

Ya Allah, janganlah Engkau jadikan kami di kalangan orang-orang yg rugi,
tetapkanlah hati kami di atas jalan hidayah-Mu ini..

Tuesday, September 22, 2009

salam perantauan

assalamualaikum w.b.t...
tiada apa yg mampu ku coretkan...
cuma ucapan salam aidilfitri dr perantauan..
walaupun sedikit terlambat..
kerana keadaan kesihatan tidak mengizinkan..
terlantar di hari raya pertama dan kedua..
huhu, sudah nasib badan...

 SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
MAAF ZAHIR & BATIN

عيد سعيد،
كل عام وأنتم طيبون...


dari kami-mahasiswa&wi Kuliah Ulum Islamiyah Universiti Al-Azhar Kaherah tajaan AmanahRaya


Wednesday, September 9, 2009

أستأنف الكتابة


Assalamu’alaikum w.b.t,
Segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam,
selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., juga buat keluarga, dan para sahabat baginda.

Alhamdulillah, setinggi-tingi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Ilahi, kerana dengan nikmat kesihatan dan masa lapang yg dikurniakan kpd saya, berpeluang kembali saya menggerakkan jari ini, menaip entri-entri utk dimuatkan dlm blog yg dah lama bersawang ni. Sebenarnya, memang dah lama saya nak update blog, berkongsi ilmu dan pengalaman di sini, tapi tak berkesempatan dan juga disengajakan atas sebab-sebab tertentu.

Saya harap dengan kembalinya saya ke alam blog ni, saya dapat istiqamah dan berterusan dlm menyajikan entri-entri yg lebih bermanfaat, ilmiah, tak merosakkan bahasa (macam entri2 sebelum ni yg telah saya delete ^_^) dan dapat memberi istifadah kpd para pembaca sekalian, in sha Allah.

Ya Allah, jadikanlah setiap perbuatan, percakapan dan gerak-geri kami sentiasa dlm pengawasan dan perhatianMu.

 اللهم لا تعرضْ عنّا ولا تشغلْنا بما لا يَعْنينا من الاشتغال . آمين.
Wallua’lam

Friday, January 30, 2009

BUKTI 'AQLI KEWUJUDAN ALLAH S.A.W


“Siang, malam, senja dan pagi bertasbih. Matahari, laut, ombak dan pasir bertasbih. Semua benda yang ada di alam ini bertasbih, menyucikan asma Allah. Semua telah tahu bagaimana cara melakukan solat dan tasbihnya. Dengan sinarnya, matahari bertasbih di peredarannya. Dengan henbusannya, udara bertasbih di alirannya. Dengan gelombangnya, ombak bertasbih di jalannya. Semua telah tahu bagaimana cara menunjukkan tidak ada tuhan selain Allah Yang Maha Kuasa.


Keteraturan alam semesta, langit yang membentang tanpa tiang, pergantian siang dan malam, lautan luas membentang, gunung2 yang menjulang, awan yang membawa air hujan, air yang menumbuhkan tanam-tanaman, proses penciptaan manusia sembilan bulan di dalam rahim, binatang2 yang menjaga ekosistem dan peraturan2 lainnya, itu semua menunjukkan bahawa ada Zat Yang Maha Kuasa dan Maha Sempurna. Zat yang kekuasanNya tidak ada batasnya. Zat yang menciptakan itu semua. Dan Zat itu adalah Tuhan Penguasa alam semesta. Dan jelas Tuhan itu hanya boleh satu adanya. Tidak mungkin dua, tiga dan seterusnya. Tidak mungkin.


Sebab, jika Tuhan itu lebih dari satu pastilah terjadi kerosakan di alam semesta ini. Sebab masing2 akan merasa Ia paling berkuasa. Masing2 akan memaksakan keinginanNya. Mereka akan berselisih faham. Misalnya satu menghendaki matahari terbit dari timur, sementara yang satu menghendaki matahari terbit dari barat. Terjadilah perseteruan. Dan rosaklah alam.


Ternyata matahari terbit dari timur dam tenggelam di barat, dengan sangat teraturnya. Matahari tidak pernah terlambat terbit. Matahari juga tidak pernah bermain2, berlari2 ke sana ke mari di langit seperti anak kecil bermain bola atau bermain sorok2. Ia beredar di jalan yang ditetapkan Tuhan untuknya. Dan selalu tenggelam di ufuk barat tepat pada waktunya. Peraturan ini menunjukkan, Tuhan Yang Menciptakan alam semesta ini adalah satu, iaitu Allah ‘Azza wa Jalla, Tuhan Yang Maha Kuasa.

Tuhan yang menciptakan alam semesta ini, yang tidak terbatas kekuasaanNya itu memang tidak mungkin berjumlah lebih dari satu. Sebab seandainya Tuhan lebih dari satu, lalu mereka sepakat menciptakan matahari, misalnya. Maka mungkin ada dua kemungkinan di sana.

Pertama, Tuhan yang satu menciptakan, sementara Tuhan yang lain berpangku tangan. Tidak berbuat apa2. Dengan begitu, akan bererti bahawa Tuhan yang tidak berbuat apa2 itu tidaklah Tuhan yang berkuasa. Sia2 saja Ia jadi Tuhan. Sebab, pada saat matahari diciptakan, Ia tidak bekerjasama untuk menciptakannya. Ia menganggur. Sama seperti makhluk yang menganggur. Jadi Ia bukan Tuhan dan tidak boleh disebut Tuhan.


Atau kemungkinan kedua, Tuhan2 itu bekerjasama menciptakan matahari. Matahari dicirtakan dengan saling bekerjasama. Jika demikian, telah jelas mereka bukanlah Tuhan Yang Maha Kuasa. Sebab mereka lemah. Bagaimana tidak, untuk menciptakan matahari sahaja mereka harus bekerjasama. Tidak boleh menciptakan sendiri. KekuasaanNya tidak mutlak. Yng terbatas kuasanya bererti lemah dan tidak layak disebut sebagai Tuhan.


Jika Tuhan itu lebih dati satu, kemungknan terjadi penbahagian tugas. Ada yang bertugas mencipta matahari, ada yang bertugas mencipta bumi, ada yang bertugas mencipta langit dan seterusnya. Jika demikian, mereka bukan Tuhan Yang Maha Kuasa. Sebab pembahagian tugas menunjukkan kelemahan, menunjukkan ketidakmahakuasaan. Tuhan yang sebenarnya adalah Tuhan yang menciptakan dan menguasai seru sekalian alam. Tuhan yang menciptakan alam semesta ini dengan kekuasaanNya yang sempurna. Tuhan yang ilmuNya meliputi segala sesuatu. Dan yang memiliki sifat yang Maha Sempurna seperti itu hanya satu, iaitu Allah. Dialah Tuhan yang sebenarnya. Sebab tidak ada yang mengisytiharkan diri sebagai pencipta alam semesta ini kecuali Allah Subhanahu wa Ta’ala.


Seandainya pada keduanya (di langit dan bumi) ada Tuhan2 selain Allah, tentu keduanya telah binasa. Maha Suci Allah yang memiliki arasy dari apa yang mereka sifatkan…” (Al-Anbiya’ : 22)


(Sedutan drpd novel ‘Ketika Cinta Bertasbih’ karya Habiburrahmaan El-Shirazy : m/s 9-11)

TRANSLATION OF دعاء الرابطة

دعاء الرابطة - Translation in English


“Oo Allah!

U know that these hearts

have come together for the sake of Your love,

have met for the sake of Your obedience,

have united for the sake of Your worship,

and have pledged for the triumph of Your law..

Oo Allah!

make firm the relation between us,

eternalize the love between us,

guide us in our ways,

fill us with Your light that does noy fade,

comfort our chest with the overflowing abundance of faith in You, and the beautification of complete dependence upon You,

give life to us with the knowledge of Yours,

and..take our life with the martyrdom in Your path..

verily You are the Benefactor and Protector”

~ ameen ~

Wednesday, January 21, 2009

RISALAH BUAT WANITA MUSLIMAH

"إنّ الدنيا مَتاعٌ، وخيرُ متاعِه مرأةٌ صالحة"

(Sesungguhnya dunia itu perhiasan semata-mata, dan seindah hiasannya adalah wanita solehah)


Wanita solehah,

ciptaanNya yang teristimewa…

tangannya bisa menggoncang dunia…

darinya lahirlah generasi pewaris agama…

Wanita solehah,

hiasan dunia juga di syurga…


Wahai wanita muslimah..

Peliharalah perkara2 agar kamu tergolong di kalangan mereka yang merupakan hiasan terindah di dunia (wanita solehah) :


1) Menundukkan pandangan


قال الله تعالى: {..وقلْ للمؤمنات يَغْضُضْنَ من أبصارهن..} النور:31

(dan katakanlah kpd perempuan2 yg beriman agar mereka menundukkan pandangan..)


· tundukkanlah pandanganmu drpd melihat lelaki2 ajnabi yang boleh membangkitkan perasaanmu..


2) Memelihara kesucian diri


قال الله تعالى: {..ويَحْفَظْنَ فُرُوْجَهُنَُّ...} النور: 31

(dan agar mereka memelihara kemaluannya..)


· jauhilah kamu akan perbuatan2 maksiat yang dikeji agar maruah dan kehormatanmu terpelihara..


قال الله تعالى: {يا نِسَاءَ النبيّ مَن يَأْتِى مِنْكُنَّ بِفَاحِشَةٍ مُبَيِّنَةٍ يُضَاعَفُ لها العَذَابُ ضِعْفَيْنَ...} الأحذاب: 30

(wahai isteri2 nabi! Barangsiapa di antara kamu yg mengerjakan perbuatan keji yg nyata nescaya azabnya akan dilipat gandakan dua kali…)


· maka kamu wahai wanita muslimah juga harus menjauhi perkara2 keji kerana ummahatul mukminin adalah qudwahmu..


3) Menjaga aurat


قال الله تعالى: {..ولَيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ على جُيوبهن ولا يُبْدِيْن زِيْنَتَهُنُّ} النور:31

(..dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya)



وقال جل شأنه: {يأيها النبىُّ قُلْ لأزْواجِك وبَناتِك ونِساءِ المؤمنين يُدْنِيْنَ عليهِنَّ مِن جَلابِيْبِهِنَّ ذلك أدْنى أن يُعْرَفْنَ فلا يُؤْذَيْنَ..} الاحزاب: 28

(Wahai Nabi! Katakanlah kpd isteri2mu, anak2mu dan isteri2 orang mukmin, “Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubah mereka”. Yg demikian itu agar mereka lebih mudah utk dikenali, sehingga mereka tidak diganggu)


· tutuplah auratmu dengan sempurna mengikut syariat Islam:

Ø melabuhkan tudung ke bawah dada

Ø berpakaian tidak ketat, nipis dan jarang

Ø tidak berlebihan dan menarik perhatian


4) Iltizam dengan sifat malu


قال الرسول (ص): "إنَّ الحَيَاءَ كُلَّه خَيْر". رواه البخاري

(sesungguhnya sifat malu itu keseluruhannya baik)


· sifat malu adalah mahkotamu yang membentengimu drpd perbuatan maksiat..jika ia hilang, maka rosaklah maruah dan kehormatanmu


5) Bersahabat dengan wanita yg beramal kebajikan


قال الرسول (ص): "إنّ المَرْءَ على دين خليله فلينظرْ أحدكم من يخالل". رواه أبو داود

(Sesungguhnya (dinilai) seseorang itu berdasarkan agama teman rapatnya maka lihatlah kamu dengan siapa kamu berkawan)


· carilah sahabat di kalangan wanita mukminah yang boleh mempengaruhi dan mengajak kamu ke arah kebaikan



Wahai wanita hiasan dunia..

Hindarilah pula perkara2 ini dan janganlah kamu jadi di kalangan mereka yang memenuhi api neraka:


1) Melunakkan suara


قال الله تعالى: {فلا تَخْضَعْنَ بالقول فيَطْمَعَ الذى فى قَلْبِه مَرَضٌ...} الاحزاب: 32

(Maka janganlah kamu tunduk (melemah-lembutkan suara) dlm berbicara sehingga bangkit nafsu org yg ada penyakit dlm hatinya..)


· hindarilah drpd berbicara dgn lelaki menggunakan suara yang lunak, lembut dan manja agar tidak terdorong ke arah maksiat dan dosa


2) Berpakaian secara berlebihan dan menunjuk2 (tabarruj)


قال الله تعالى: {ولا تَبَرََّجْنَ تَبَرُّجَ الجاهليةِ الأولى...} الاحزاب: 33

(Dan janganlah kamu berhias dan (bertingkah laku) spt orang2 jahiliah dahulu)


· janganlah kamu berhias berlebihan sehingga menarik perhatian lelaki selain suamimu


3) Menyerupai lelaki


عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: "لعن الرسول (ص) المتشبهين من الرجال بالنساء والمتشبهات من النساء بالرجال". رواه البخاري

(Drpd Ibn Abbas r.a: “Rasulullah s.a.w melaknat orang2 lelaki yg menyerupai perempuan dan orang2 perempuan yg menyerupai lelaki”)


· Jadilah wanita sejati dan janganlah kamu menjadi fitnah dengan menyerupai lelaki dari segi pakaian,sifat dan tingkah laku


Wahai wanita berhati mulia,

buatmu pembimbing mencapai redhaNya…

bagimu jalan mudah menuju ke syurga…

قال جل شأنه: { الْخَبِيْثَاتُ للْخَبِيْثِيْنَ والْخَبِيْثُونَ للْخَبِيْثَاتِ والطَّيِّبَاتُ للطَّيِّبِيْنَ والطَّيِّبُونَ للطَيِّبَاتِ...} النور: 26

(perempuan2 yang keji adalah utk lelaki2 yang keji sedangkan perempuan2 yang baik adalah utk lelaki2 yang baik..)


قال رسول الله (ص): "إذا صَلَّتْ المَرْأَةُ خَمْسَها وصَامَتْ شَهْرَها وحَفِظَتْ فَرْجَها وأطَاعَتْ زَوْجَها قِيْلَ لها ادْخُلِيْ الْجَنَّةَ مِنْ أى أبْوَابِ الْجَنَّةِ شِئْتِ" رواه أحمد

( Sekiranya seseorang perempuan itu bersembahyang lima waktu, berpuasa pada bulannya (Ramadhan), memelihara kemaluannya (maruah dan kehormatan) dan mentaati suaminya, dikatakan (Allah) kpdnya, masuklah syurga drpd mana2 pintu syurga yg kamu suka)

مراحل دراستي

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...

قال الرسول (ص) : "طلب العلم من المهد الى اللحد"

قبل أن أبدأ كتابتي، أودُّ أن أخبركم يأيها القارئين الفضلأ، إنني كتبتُ هذه المقالة لستُ أفتخر نفسي، ولكن، يُسعدني أن أشارككم عن خبراتي فى الدراسة منذ نعومة أصابعي (صغري) حتى الآن.

أما بعد،


أنا بنت جوهرية أصلية. وُلدتُ فى السنة ١٩٨٩ فى منطقة التى تقع فى جنوب ولاية جوهر تسمى ب"كوتا تينجي" وعشتُ هناك حتى بلغ عمري سبع سنوات. ثم، انتقلت أسرتي إلى منطقة أخرى فى شمال جوهر أى فى "سجامت". إذن، عندما كان عمري جمس سنوات، بدأتُ دراستي الرسمية -الدراسة لا بد أن تبدأ من المهد- في الحضانة "تاديكا كماس" فى فيلدا سمنجو، كوتا تينجي. وفيها، كنتُ أدرس لمدة سنتين قبل أن واصلتُ إلى المرحلة الإبتدئية.


وعندما كان عمري سبع سنوات، كما عادة فى ماليزيا، التحقتُ بالمرحلة الإبتدائية فى المدرسة الإبتدائية الوطنية فيلدا سمنجو التى كانت تدرّس فيها أمّي المحبوبة. ولكن، بعد نصف السنة، انتقلت أسرتي إلى سجامت -كما قلتُ- من أجل عمل والديّ فأنا واصلتُ بقية المرحلة الإبتدائية حتى السنة السادسة هناك فى المدرسة الإبتدائية الوطنية فيلدا فالوغ تيمور1. أما فى المساء، كنتُ أدرس علوم الدين فى المدرسة الدينية المسائية التى تخصّ فى ولاية جوهر. الحمد لله، قد حصلتُ على الشهادة الدراسة الإبتدائية(UPSR) قبل أن واصلتُ إلى المرحلة الإعدادية.


وفى السنة ٢٠٠٢، عندما كان عمري ثلاث عشرة سنة، قد قرّر والديّ لأدرس فى مدرسة عربية لأتخصص فى دراسة اللغة العربية وعلوم الدين متابعةً أخى الكبير. فكنتُ ألتحق بالمرحلة الإعدادية والثانوية لمدة خمس سنوات فى المدرسة الثانوية الدينية والعربية الخيرية بسجامت التى كان يدرس فيها أيضا أخي. والحمد لله، قد أتممتُ الدراسة هناك وفى خلال الدراسة ، حصلتُ على الشهادة الدينية الإعدادية (SMRA) فى السنة الثانية، والشهادة الدراسة المتوسطة(PMR) فى السنة الثالثة، والشهادة الدينية الثانوية (SMA) فى السنة الرابعة، والشهادة الدراسة الماليزية (SPM) فى السنة الخامسة. أما فى المدرسة الدينية المسائية، أتممتُ الدراسة هناك وحصلتُ على الشهادة الدرجة السادسة والشهادة الدرجة الخاصة. ألف حمد لله الذى قد أعطاني هذه الفرص الذهبية لأتعلم علوم الدين واللغة العربية إضافةً عن علوم الأكادميك فى مراحل الدراسة فى المدرسة.


وفى السنة ٢٠٠٧، عندما كان عمري ثماني عشرة سنة، واصلتُ الدراسة فى المعهد جوهر لأحصل على الشهادة الدينية العالية الماليزية (STAM). وفى أثناء الدراسة فى المعهد، كثير من أصدقائي وصديقاتي قد توقّفوا من المعهد بعد أن خرجت نتيجة الشهادة SPM فى شهر مارس. بعضهم التحقوا بالجامعات فى المرحلة التمهيدية أو دبلوم وبعضهم التحقوا بمعاهد تحفيظ القرآن. أما فى البداية، أنا كذلك. تفكّرتُ لأتوقف من المعهد جوهر لألتحق بالمعهد "دار القرآن" من أجل أرغب فى حفظ القرآن. وكِدتُ أن أحقّق أمنيتي لأن أمّي موافقة عليّ، ولكن، أبي لا يسمح لي بذلك. قد أمرني بقاءَ فى المعهد لكى أحصل على الشهادة STAM. وقد حزنتُ حزنا شديدا ولكن هدّأتُ نفسي بأنني مصدّقة بتقدير الله ورزْقه فرضيتُ بذلك. وفى المعهد أيضا، حصلتُ على الشهادة Malaysian University English Test (MUET)التى هى شرط لالتحاق بإحدى الجامعات داخل البلاد.


والحمد لله، قد أنهيتُ الدراسة فى المعهد أقل من سنة واحدة وفى الإجازة الطويلة خلال انتظار نتيجة الشهادة STAM، كنتُ ألتحق بدورة تدريبية لتقوية اللغة العربية فى مركز الدراسات الإسلامية واللغة العربية (مرسه) الذى وقع بجانب المعهد جوهر. هذه الدورة - بمدة ستة أشهر- تهدف استعدادا لطلاب الذين يريدون أن يواصلوا الدراسة خارج البلاد خاصة فى مصر. أما عندي أمنية لمواصلة الدراسة فى إحدى بلاد عربية سواء أكانت فى الأردن أم سوريا أم مصر. ولكن، التحقتُ بهذه الدورة من أجل أريد أن أجيد اللغة العربية خاصة فى التحدّث لأنني أحبّ هذه اللغة حبّا جمّا. وبجانب ذلك، -كما قلتُ- أتمنى أن أواصل الدراسة خارج البلاد.


قبل بدء الدورة، تفكرتُ..."هل أستطيع أن أتكلّم باللغة العربية بعد ستة أشهر دراستي فى الدورة..؟". والحمد لله، خلال دراستي فى الدورة، كنتُ أمارس اللغة العربية كثيرا وأشكر معلّمِي الدورة، هم الأستاذ رائد والأستاذ طلال من الأردن والأستاذ عبد الغني من سنغافورة الذين درّبونا بمهارات وقواعد اللغة العربية. ولا أنسى الأستاذة شروق، نصف حلو (زوجة) الأستاذ رائد التى هى صديقتي العربية الجميلة حتى الآن. إني استفدتُ كثيرا من الدورة وكنتُ سعيدة جدا لأن عندي تجربات كثيرة خلال الدورة منها اشتراك المناظرة، والندوة، والتمثيلية، وقضاء الوقت فى "أغسانا" مع الأستاذة شروق، واشتراك البرامج الخارجية التى أقامها الجمعية الشباب المسلمون بماليزيا (ABIM). لن أنسى هذه الذكرايات الممتعة والمفيدة.


ورفرفتْ سعادتي عندما حصلتُ على نتيجة الشهادة STAM وعندما سمح لي والديّ لأسجّل فى جامعة الأزهر فى مصر ولكن فى نفس الوقت، قد طلبتُ لالتحاق إحدى الجامعات داخل البلاد. وبعد انتهاء الدورة فى شهر مايو، علمتُ أن طلبي لالتحاق بالجامعة الإسلامية العالمية بماليزيا (UIAM) قد تُقبّل. فصرتُ أنا فى المأزق. حقيقة، أتمنى أن ألتحق UIAM إذا أواصل الدراسة داخل البلاد وإذا أواصل خارج البلاد، أفضّل أن ألتحق بجامعة الأزهر. وقال والديّ ، إذا أحصل على منحة دراسية، سيسمحان لي لألتحق بجامعة الأزهر وإلا، فعليّ أن أسجّل فى UIAM. وعندي مشكلة لأن حتى انتهاء الدورة، ما زلتُ أبحث عن منحة دراسية ولكن لا أجدها بعدُ. من أجل ذلك، أمرني والديّ تسجيلَ فى UIAM لأنها جامعة مشهورة ممتازة فى ماليزيا وفيها أيضا، يدرس أخي الأكبر. فوافقتُهما ولو أنني كنتُ حزينة.


والحمد لله، يوما من الأيام الإجازة قُبَيْل تسجيل فى UIAM، وجدتُ إعلانا فى الجريدة عن منحة دراسية لالتحاق بجامعة الأزهر التى خصصتها الشركة “AmanahRaya Bhd”. فطلبتُها بمَلْء الاستمارة المعيّنة وتوكّلتُ على الله إذا كان هناك قسم لي لأحصل على تلك المنحة.


وفى ٢٩ من يونيو ٢٠٠٨، قد سجّلتُ فىUIAM وفى الحقيقة، أنا لستُ سعيدة لأن أمنيتي لألتحق بجامعة الأزهر قد استولتْ ذهني. ولكنني راضية بقرار والديّ. وعندما كنتُ فىUIAM ، أعجبتْني البيئة والمناظر هناك! وجدتُ الطلبة فيها من بلاد شتى فى أنحاء العالم، وكلهم مسلمون بشتى ألوانهم وألسنتهم. وفى أثناء أسبوع التعارف، وجدتُ صديقات جديدات من داخل البلاد وخارجها، منها من السعودي والتيلاند وتركيا وكشمير وغير ذلك. ونحن تكلّمنا باللغة الإنجليزية والعربية. هذه تجربة رائعة لي، الحمد لله. وخلالَ أسبوع التعارف أيضا فىUIAM ، قبل تسجيل فى الكلية ، لا بد على الطلبة الجُدُد الذين ليسوا من التمهيدي (direct-intake students) UIAM أن يواجهوا الإمتحانات فى أربع مهارات اللغوية فى اللغة الإنجليزية والعربية وهى امتحان الكتابة (writing)، والقراءة (reading)، والتحدّث(speaking)، والاستماع (listening). إذن، عندنا ثماني إمتحانات! إذا لا ننجح إحدى منها، فعلينا أن نلتحق بفصول تطوير المهارات اللغوية (pre-sessional class) قبل تسجيل فى السنة الأولى فى الكلية. أما مدتها حسب مستوى النتيجة سواء أكانت بمدة فترة أو أكثر حتى سنتين.


والحمد لله، مرة أخرى، نصرني الله فى تلك الإمتحانات المختنقة ولو أنني لستُ مستعدة جيدا بها. قد نجحتُ فى الإمتحانات كلها فسجّلتُ فى السنة الأولى فى الكلية معارف الوحى والتراث (Islamic Revealed Knowledge& Heritage) فى قسم أصول الدين. وبعد أسبوعين فى UIAM، أخبرتني أمّي نأنني قد اُستدعيتُ للحضور إلى مقابلة شخصية لاختيار الطلبة للحصول على المنحة AmanahRaya. كنتُ سعيدة جدا لأنني ما زلـتُ آمل لالتحاق بجامعة الأزهر. وبعد المقابلة، قد قلّت حماستي لأدرس فى UIAM وأرجو رجاء كبيرا أن أحصل على تلك المنحة. والحمد لله، فى الأسبوعين التاليين، بشّرتني أمّي بأنني قد اُخترتُ مع الطلبة المحظوظين الآخرين للاتحاق بجامعة الأزهر بتلك المنحة الدراسية.


وفى ١من أغسطس ٢٠٠٨، قد دُوّنت حادثة تاريخية فى حياتي عندما عُقد برنامج إطلاق المنحة AmanahRaya فى "هوتيل هيلتون"، كوالا لمبور. كنتُ سعيدة جدا ٢× على ما رزقني الله، ألف حمد له. وعرفتُ بأننا المختارين سنلتحق بكلية جديدة فى جامعة الأزهر وهى نظام جديد وخاص للطلبة الماليزيين ونحن مجموعة أولى فى هذه السنة. وبعدٍ، خلال بقية أيامي فى UIAM، كنتُ مشغولة بشؤون توقّفي من الجامعة لأن عليّ أن أقابل عميد الكلية والمحاضرين وأُنهى الأمور التى تتعلق بالكلية والمحلّة (سكن الطلبة). وبعد انتهاء الأمور كلها، توقّفتُ من UIAM حزينة لأنني تركتُ صديقاتي الجديدات هناك. ولكن، خلال دراستي بمدة شهر وأسبوعين هناك، وجدتُ تجربات كثيرة ورائعة التى لن أنسى كلها.


أما فى أيام الإجازة قبل الانطلاق إلى مصر، قضيتُ الوقت فى البيت بمدة شهرين تقريبا. كنتُ سعيدة جدا لأن عندي وقت طويل لقضاء مع أسرتي قبل سفري إلى مصر. وفى ٥ من أكتوبر ٢٠٠٨، فى يوم الخامس بعيد الفطر، انطلقتُ إلى مصر مع أربعة وعشرين طالبا بالمنحة AmanahRaya لالتحاق بالمرحلة التمهيدية أو التأهيلية فى جامعة الأزهر وهذه النظام الخاص -كما قلتُ- بمدة خمس سنوات، بإذن الله.


الحمد لله، الآن، أحقّق آملي لأدرس فى مصر. أنا الآن طالبة فى جامعة الأزهر الشريف التى اسمها على كل لسان. وأنا سعيدة جدا وأتمتع بمعيشتي هنا مع صديقاتي الطيّبات ولو أنني بعيدة عن أسرتي فى ماليزيا. وحتى الآن، ما زلتُ أتّصل بصديقاتي الأخريات فى ماليزيا. ولكن، إنّ سيري فى طلب العلم لم ينتهى بعدُ. بعد أن أُنهى مرحلة البكالوريوس فى جامعة الأزهر، إن شاء الله، سوف أستمر فى طلب العلم ما دُمْتُ حيّا، لأن -كما كتبتُ- طلب العلم من المهد الى اللحد.

والسلام...