Monday, November 16, 2009

MUHADHARAH TERAKHIR BERSAMA SHEIKH IBRAHIM

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ku panjatkan ke hadrat Ilahi di atas segala nikmat yg dikurniakanNya kepadaku, antaranya, nikmat iman dan Islam yg merupakan dua nikmat teragung yg menyebabkankanku hidup atas kalimah “Lailahaillah Muhammadur Rasulullah”, nikmat kesihatan tubuh badan dan masa lapang yg membolehkanku bermujahadah demi menuntut ilmu, nikmat keselesaan, kecukupan dan keamanan mu’ayasyah di perantauan, nikmat ukhwah dgn sahabat-sahabat yg gigih menuntut ilmu di bumi Kinanah ini, nikmat para murobbi yg tidak mengenal erti penat lelah demi menyampaikan mutiara-mutiara ilmu kpd kami, dan pelbagai macam nikmat lagi yg tidak terhitung banyaknya yg masih kukecapi kurniaan Allah yg bersifat ar-Rahman ar-Rahim.

Tidak lupa juga selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam, pembawa cahaya ilmu dan iman ke seluruh alam yg sebelumnya di dalam kegelapan jahiliyyah, keluarga baginda, para sahabat dan para pengikutnya yg berada di jalan hidayahNya.

Amat kecewa saya rasa pada hari ini kerana terlambat sampai ke muhadharah terakhir Sheikh Ibrahim Ahmad Umar Shoh (murobbi Nahu, Sastera Arab dan Fiqh Maliki di Masjid Azhar) sebelum beliau berangkat ke Tanah Suci utk menunaikan haji pd hari Rabu ni. Lepas habis kuliah di Jami’ah lebih kurang pukul 1.30 ptg, saya bergegas ke Masjid Azhar menaiki teksi bersama 3 orang sahabat demi menghadiri muhadharah penting beliau pd hari ini. Namun, kami tetap sampai lewat kerana kesesakan luar biasa hari ni di area Darrasah dan Hussin, sampai sempat saya terlelap sebentar dalam teksi. Alhamdulillah, walaupun tak sampai sejam muhadharah Sheikh Ibrahim itu sempat saya hadiri, banyak istifadah dan manfaat yg saya dapat, dan yg paling penting, saya dapat melihat dan bertemu sheikh buat kali terakhir sebelum permusafiran beliau.

Rupanya, pd muhadharah Sheikh Ibrahim hari ni , beliau mensyarahkan kitab yg baru sahaja beliau siapkan pd awal November ni, tajuknya “Nailul ‘Ulum” yg merupakan himpunan sya’ir berjumlah 79 bait karangan beliau sendiri. Di dalam kitab tersebut juga terdapat syarah matan Nailul ‘Ulum yg beliau sendiri mensyarahkannya selaku pengarang matan tersebut. Kitab Nailul ‘Ulum -matan dan syarahnya- tersebut mengandungi 10 fasal yg memfokuskan mengenai ilmu, antaranya takrif ilmu dan bahagian-bahagiannya, takrif akal dan bahagian-bahagiannya, adab menuntut ilmu dan fadhilatnya, dan seterusnya mengenai bagaimana ilmu agama dan dunia itu bercambah dan berkembang sehingga terhasillah pelbagai bidang ilmu seperti pd masa sekarang. Sebelum muhadharah bermula, sheikh telah mengagih-agihkan nuskhah salinan kitab beliau tersebut kpd yg hadir secara percuma, tapi saya tak dapat bahagian sebab sampai lambat, jadi saya fotostat lagi nuskhah salinan tersebut drpd kawan arab yg dapat.

Sebenarnya, pd muhadharah 2 minggu lepas semasa pengumuman markah ujian kitab Tanqih Azhariah dan Fiqh Maliki, sheikh ada mensyarahkan mengenai percambahan ilmu secara ringkas, dan sheikh mengatakan yg beliau akan menyambung syarahannya pd muhadharah akan datang. Rupanya hari nilah sheikh sambung syarahan tersebut secara menyeluruh berpandukan kitab Nailul ‘Ulum tu. Sebab tulah saya merasa amat terkilan + sedih kerana terlepas separuh muhadharah penting hari ni. Hampir-hampir saya skip kuliah lepas solat Zuhur sebab nak berkejar ke Masjid Azhar, tapi Alhamdulillah tak buat, sebab muhadharah Balaghah kat kuliah pun tak kurang pentingnya. Yang sempat saya ikuti muhadharah Sheikh Ibrahim hari ni, beliau mensyarahkan mengenai bagaimana ilmu itu berkembang.

Secara ringkasnya, asal-usul semua ilmu adalah ilmu agama yg bersumberkan al-Quran, kemudian muncul as-Sunnah (Hadis) yg memperjelaskan al-Quran, dan seterusnya muncul pula Fiqh yg merupakan hukum-hakam yg termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah. Ketiga-tiga ilmu asas ini dikenali sbg “Jawahirul ‘ilmi”. Seterusnya, drpd setiap ilmu ini, muncul pasangan ilmu masing-masing, iaitu ilmu Qira’at bagi al-Quran, ilmu Mustalahul Hadis bagi as-Sunnah dan ilmu Usul Fiqh bagi Fiqh. Tiga ilmu baru ini dikenali sbg “Dhawabitul ‘ilmi”. Drpd sinilah saya dapat menta’kidkan bahawa ilmu Fiqh muncul dulu sebelum Usul Fiqh, sebab sebelum ni saya pernah berdebat dgn seorang ustaz yg mengatakan bahawa ilmu Usul Fiqh muncul dulu ^_^. Bahagian seterusnya, muncul pula ilmu-ilmu baru yg dikenali sbg “Ulumul Alat”, iaitu ilmu Nahu, ilmu Saraf, ilmu Balaghah, dan ilmu Adab yg berkaitan dgn thaqafah dan sastera arab yg termasuk di dlmnya ilmu Arudh dll. Kewujudan ilmu-ilmu alat ini bertujuan memelihara Al-Quran lanjutan peristiwa salah faham makna akibat salah baca baris pd ayat al-Quran (kerana kesalahan pd satu baris shj boleh merubah keseluruhan makna ayat) , lalu Abul Aswad ad-Du’ali pun mengasaskan salah satu ilmu alat ini, iaitu ilmu Nahu.


Setelah pelbagai jenis ilmu berkembang dan bercambah, muncul pula ilmu Falsafah, ilmu Mantiq dan ilmu Kalam (Tauhid) yg dikenali sbg “Ulumul ‘aqli”. Kemunculan ilmu seterusnya adalah “Ulumur Ruh wan Nafsi” yg termasuk di dalamnya ilmu Tasauf, Akhlak dan yg berkaitan dgnnya. Kemudian, muncul bahagian ilmu selanjutnya iaitu “ilmu at-Tarikh wal-Ansab” berkaitan kajian manusia terhadap sejarah dan keturunan mereka. Dan yg terakhir sekali, barulah muncul ilmu-ilmu duniawi yg dikenali sbg “Ulum at-Tajrubah” hasil kajian berterusan manusia terhadap kehidupan mereka, yg mana ianya terdiri drpd pelbagai bidang ilmu antaranya ilmu perubatan, ilmu matematik, ilmu berkaitan alam dan angkasa spt geografi, pertanian dan falak, ilmu kejuruteraan, ilmu perindustrian, ilmu ketenteraan dan termasuk juga ilmu berbahay spt ilmu sihir yg dipelajari bukan utk diamalkan. SubhanAllah, drpd sini, jelaslah bahawa Al-Quran itu adalah asal-usul dan sumber segala bidang ilmu, drpd sini ta’kidlah bahawa Al-Quran adalah bersifat syumul, iaitu isi kandungannya menyeluruh ke segenap aspek kehidupan, dan drpd sini zahirlah i’jazul ilmi kitab suci Al-Quran yg ditemui dan diterokai sedikit demi sedikit. SubhanAllah, SubhanAllah, SubhanAllah!!
 
Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana sempat mengikuti muhadharah terakhir Sheikh Ibrahim hari ni. Amat berbaloi dan tidak sia-sia walaupun cuma separuh muhadharah. Setelah sheikh mengkhatamkan syarahan kitab tersebut, beliau menyampaikan hadiah berupa kitab (saya tak pasti kitab apa) kpd pelajar-pelajar beliau yg cemerlang dlm ujian-ujian lepas. Saya tidak termasuk kerana cuma mengikuti kelas Nahu sheikh sahaja, bukan kelas Sastera dan Fiqh Maliki. Seterusnya, sheikh membacakan doa penutup muhadharah terakhir beliau sebelum pemergian beliau menunaikan ibadah haji pd tahun ini. Ya Allah, amat zuq saya rasakan semasa sheikh membaca doa yg panjang dan kami mengaminkannya, sehingga tidak tertahan air mata ini drpd mengalir laju. Terbayang bagaimana kesungguhan sheikh yg berasal drpd Senegal, Afrika di dalam menuntut ilmu sehingga menjadi faqih terutama dlm bidang lughah (bahasa Arab) walaupun beliau bukanlah berbangsa arab. Sheikh selalu menasihati kami agar menuntut ilmu bersungguh-sungguh, tidak ponteng muhadharah, muroja’ah pelajaran, jaga adab-adab sbg penuntut ilmu dan jaga hati agar tidak dicemari dgn perasaan takbur, riak, ujub dan sbgnya semasa menuntut ilmu. Nasihat dan taujihat sheikh amat terkesan di dlm hati saya…ya Allah.. Seterusnya, sebelum sheikh meninggalkan anjung al-Atrak di Masjid Azhar tempat muhadharah pd hari ni, sheikh ke belakang ke tempat akhawat utk bertemu kami. Sheikh menambah lg nasihat kpd kami, mengucapkan tahniah kpd pelajar-pelajarnya yg dapat hadiah kitab, dan tak lupa sheikh beritahu saya yg beliau berjanji akan memulakan kelas Nahu khas -yg pernah saya ajukan permintaan kelas ini- bermula drpd kitab Tuhfatus Saniah utk pelajar yg tak sempat berkejar dari kuliah ke muhadharah beliau yg sedia ada sekarang ini slps zuhur. Alhamdulillah, bertuah + bahagia rasa sebab sheikh mengenali saya dan mengingati nama saya, “ukht Liyana” ^_^. Hanya doa yg sempat saya kirim kpd sheikh sebelum beliau berangkat ke Tanah Suci Mekah hari Rabu ini.

Insha Allah, selepas kepulangan Sheikh Ibrahim drpd haji pd bulan satu nanti, beliau akan isti’naf (baca: mula kembali) pengajian Nahu sambungan kitab Tuhfatus Saniah pd hari Khamis dan Sabtu selepas Zuhur, memulakan kitab Syuzuruz Zahab setelah menghabiskan kitab Qatrun Nada (amat terkilan sebab tak dapat habiskan kitab Qatrun Nada sejak naik kuliah tahun 1, sebab tak dapat kejar muhadharah sheikh lepas zuhur kat Masjid Azhar) pd hari Ahad dan Selasa selepas zuhur, dan akan memulakan kelas Nahu khas utk pelajar yg tdk sempat mengikuti kelas beliau selepas zuhur , tapi waktu kelas khas ini belum ditentukan lagi dan akan dibincangkan lepas sheikh balik nanti. Doakan kami agar dapat meneruskan kelas dengan Sheikh Ibrahim Ahmad Umar Shoh!


Ya Allah, jadikanlah kami di kalangan hambaMu yg gigih dan bersungguh-sungguh di dalam menuntut ilmuMu, dan peliharalah hati kami drpd sifat-sifat tercela yg boleh merubah niat dan memesongkan tujuan kami di dalam permusafiran ilmu ini. Amin…

* Artikel ini dipos kerana rasa penghargaan dan sayang saya yg teramat kpd Sheikh Ibrahim, antara murobbi-murobbi saya di anjung al-Atrak dan anjung al-Mugharibah di Masjid al-Azhar, Kaherah.
* Saya tidak dapat memaparkan gambar sheikh kerana beliau melarang para pelajar mengambil gambar beliau ketika muhadharah.

1 comment:

Mohd Zaki M Noor said...

aimi dah ada guru nahu yang hebat... belajarlah rajin-rajin daripada beliau. nanti boleh ajar ana sekali.