Monday, July 19, 2010

Allah Sebaik-baik Tempat Pergantungan

Aku menghitung detik-detik yg berlalu sebelum keberangkatanku ke tanah air. Sambil mengemas barang-barang yg bakal dimuatkan ke dlm perut Oman Air WY 0821, bermacam perasaan bermain di hatiku. Sayu…berdebar…teruja…takut… Sayu dan sedih utk meninggalkan sementara para masyaikh, ulama’ dan majlis-majlis ilmu mereka, sayu utk berpisah sekejap dgn ahli bait, adik-adik dan para sahabat seperjuangan, berdebar utk meninggalkan bumi baraqah ini dgn sebeban amanah terpikul di bahu, dan teruja utk bertemu ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat-handai di tanah air yg telah dekat dua tahun aku meninggalkan mereka.
Aku juga takut…Takut jika tidak mampu menunaikan tanggungjawab berat ini sebagai azhariah, pelajar agama yg harus menyumbangkan sesuatu utk agama, sama ada di peringkat keluarga, masyarakat dan seterusnya demi mencapai ‘hadaf utama’ itu. Akan tetapi, sebelum itu harusku muhasabah diriku ini. Bagaimana dgn keperluan diriku sendiri?? Sudah siapkah aku melengkapi diri ini dgn pelbagai ilmu dan menghiasinya dgn akhlak yg boleh dicontohi sebagai dai’e sebelum turun bertemu para mad’uu?? Takut…aku juga takut jika diri ini mudah futur dan rasa kekosongan tanpa diisi dgn majlis-majlis ilmu, sesi-sesi pertarbiahan dan tanpa rakan-rakan sefikrah di sisiku. Aku teringat kata-kata seorang kakak sebelum imtihan lepas, setelah ku adukan kpdnya mengenai kebimbanganku akan futur sekiranya lama tidak ku menerima tarbiah. Namun, jawapan kakak itu amat terkesan di hatiku lalu menenangkan perasaan ini. “Tarbiah drpd Allah tidak pernah putus”. Ya, tarbiah Allah tidak pernah putus, ia tidak semestinya datang secara langsung, malah secara tidak langsung tanpa kita sedari pun Allah mentarbiah hambanya selagimana kita tidak mengabaikan hak-hakNya. Dan seperti kata seorang sahabatku baru-baru ini, tarbiah itu tidak boleh ditunggu, sebaliknya kita yg perlu mencarinya melalui pembacaan ilmiah dan haraki di samping taqarrub ila Allah. Aku tahu semua itu, namun tidak dapat tidak perasaan takut itu tetap menjengah ke dalam diri ini yg masih belum kukuh dan kuat sepenuhnya utk membentengi ancaman nafsu, syaitan dan anasir-anasir luar yg melemahkan iman, semangat dan menghakis kefahaman. Juga kadang-kadang diri ini mudah leka dan lalai dgn hal-hal keduniaan lalu terlupa sebentar akan tugas dan tanggungjawab utamaku.
Aku rasa, apa yg aku lebih perlukan sekarang di samping usaha-usaha lain adalah doa…doa…Doaku sendiri, doa orang-orang yg mengenaliku dan doa mereka yg lebih tinggi maqamnya di sisi Allah Ta’ala, dan semestinya mereka adalah para alim ulama’. Alhamdulillah, aku sempat menemui salah seorang drpd mereka, iaitu Sheikh Ahmad al-Hajain di muhadhoroh terakhir beliau sebelum ku pulang ke tanah air. Aku amat mengharapkan keberkatan doa beliau sebagai seorang ulama’ , keberkatan Masjid al-Azhar sebagai markaz kpd majlis-majlis ilmu, dan keberkatan bumi Mesir yg sebagai tempat kelahiran dan persemadian para anbia’ dan auliya’. Ku teringat doa seorang lagi murobbiku di sini, Sheikh Ibrahim Umar Shoh yg antara mafhum doanya adalah; semoga Allah melimpahkan kami dgn keberkatan Masjid al-Azhar yg padanya jejak dan sujud para alim ulama’ terdahulu yg mendahului kami, dan semoga semangat, kesungguhan mereka menuntut ilmu meresap ke dalam diri kami, agar kami terus tabah dan thabat di atas jalan jihad ini. Amin yg Robb..
Ku mencongak, masih banyak lagi yg perlu kuperbaiki setelah ku kembali ke sini. Aulawiyatku tika ini adalah menuntut ilmu.  Namun, sejauh mana kesungguhanku dan keistiqomahanku dalam melaksanakannya, hanya Allah yg tahu. Aku tahu kudratku sebagai seorang perempuan tidak setanding kudrat kaum lawan jenisku di dalam bertalaqqi ilmu dgn para masyaikh di sana dan di sini. Seringkali ku mencemburui mereka atas peluang yg Allah kurniakan lebih kpd mereka. Dengan tanggungjawab yg lebih ringan berbanding kami, dan dgn kemudahan motor yg mereka miliki, amat mudah utk mereka bergerak  bebas tanpa kekangan masa dan sebagainya. Aku pula, ramai di kalangan para murobbi dan sheikh yg tidak dapat aku istiqomah pengajian dgn mereka lalu ku mentawaqufkannya atas pelbagai kekangan antaranya keterbatasan kudrat dan kemampuanku. Antaranya Sheikh Ibrahim Umar Shoh yg amat ku kagumi dan Sheikh Jamal Farouq yg amat ku segani. Manakala sheikh-sheikh lain yg nama mereka selalu meniti di mulut para pelajar Malaysia spt Sheikh Yusri, Sheikh Habib Umar, Sheikh Muhammad Ibrahim al-Kittany dan sebagainya belum sempat ku menadah ilmu dgn mereka.  Tika ini yg aku mampu adalah menumpukan pengajianku dgn para duktur di kuliah dan pengajian dgn Sheikh Ahmad al-Hajain di Masjid al-Azhar. Aku amat bersyukur dgn sedikit sebanyak peluang yg Allah kurniakan kpdku..Dan aku terus berdoa agar Allah mengistiqomahkan aku dgn usaha kecilku ini dan semoga aku mampu menambahnya dan memperbaiki kualitinya jika kesempatan di waktu akan datang.
(( Allahumma tsabbit qolbi ‘ala  dinika wa ‘ala to’atika wa ‘ala jihadi fi sabilik, amin))