Saturday, February 27, 2010

Antara hak dan kewajipan

Bismillahirrahmanirrahim
Segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam,
Selawat dan salam buat Junjungan Mulia Nabi Muhammad sallahu 'alaihi wasallam,
juga buat ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Ya Allah, berkatilah umur kami, berkatilah masa muda kami, lapangkanlah rezeki kami, kurniakanlah kami kelazatan di dalam menggali mutiara ilmu di bumi Mesir ini, dan jadikanlah ilmu-ilmu itu bermanfaat bagi kami dan orang-orang di sekeliling kami....amin.

Alhamdulilah, sedar tidak sedar sudah lebih setahun lima bulan saya bermukim di ardhul kinanah ini bersama sahabat-sahabat seperjuangan yang sentiasa menghidupkan tarbiyah islamiyah di sini. Setahun lima bulan baru?? Ya, walaupun kelihatannya tempoh setahun jagung ini masih belum cukup bagi saya, tapi alhamdulillah sepanjang ni pelbagai perkara yang telah saya pelajari daripada rakan-rakan dan persekitaran di sini. Untuk posting kali ni saya tidak berniat untuk berkongsi semua itu dengan para pengunjung sekalian, tapi saya menulis demi menunaikan hak blog ini yang sudah tiga bulan lebih tidak di'update'. Insha Allah, jika ada idea dan masa yang mencukupi, akan saya coretkan pengalaman-pengalaman dan ilmu-ilmu berharga di blog ini sebagai perkongsian buat semua. Saya akui, saya bukanlah seorang yang minat menulis, bukan kerana tiada apa nak dikongsikan, tapi sebab memang tak berapa nak rajin untuk menaip walaupun laptop peribadi memang sentiasa ada di depan mata dan modem pun dah bertambah kat rumah Amanahraya ni untuk disewa. Sebabnya, bila saya mula menulis, jadi berjam-jamla duduk kat depan laptop ni memeras idea untuk hasilkan penulisan yang elok nahu sarafnya, cantik gaya bahasanya, bernas idea dan buah fikirannya dan macam-macamlah lagi sampai saya sendiri puas hati. Nampak skema ke?? Memang, memang saya tak minat dengan penulisan yang mengarut gaya bahasanya dan merosakkan bahasa kita sendiri. Sedangkan dalam masa yang sama saya bersungguh-sungguh mengajak untuk memakmurkan Bahasa Arab Fusha di blog kedua saya (lihat di senarai link di sebelah). Ke kerana saya memang tiada bakat menulis?? Mungkin boleh jadi juga rasanya.^_^

Insha Allah, saya tidak akan sia-siakan blog ini, saya akan tunaikan haknya dengan cuba cari masa juga idea untuk dimuatkan di sini walaupun jarang-jarang sekali.